goh-jin-wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Kem badminton remaja negara memulakan saingan bermula dengan baik di dalam acara berpasukan campuran, Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Bilbao Arena, Sepanyol selepas mengalahkan Mexico 5-0 dalam Kumpulan E1.

Kesemua lima wakil negara ini cemelrang melakar kemenangan straight set ke atas lawan masing masing dalam tempoh kurang 20 minit.

Bergu campuran Chen Tang Jie – Toh Ee Wei memerlukan 18 minit untuk mengetepikan Nicole Marquez – Luis Armando Montoya Navarro straight set 21-13, 21-5 untuk meraih mata pertama Malaysia.

Leong Jun Hao pula menyumbang mata kedua untuk Malaysia selepas memenangi perlawanan acara perseorangan lelaki dengan keputusan straight set  21-9, 21-9  ke atas Jesus Arturo Barajas Lopez.

Juara remaja dunia  Goh Jin Wei turut menepati ramalan, menewaskan Adelina Quinones, 21-2, 21-6 dalam acara perseorangan wanita.

Hoo Pang Ron/Ameer Amri Zainuddin menambah mata keempat apabila mengalahkan Jesus Arturo Barajas Lopez – Luis Armando Montoya Navarro,21-7, 21-10 dalam perlawanan beregu lelaki.

M. Thinaah – Tan Sueh Jeou melengkapkan kemenangan dengan mengetepikan Nicole Marquez – Adelina Quinones; 21-10,  21-5 dalam acara beregu wanita.

Malaysia akan berdepan Zambia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk memburu gelaran juara kumpulan.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas dalam setiap 16 kumpulan akan mara ke pusingan kedua.

- Advertisement -