Oleh Muhammad Aiman
Desas-desus mengatakan skuad bolasepak Kelantan akan menarik diri dari beraksi di Liga Malaysia musim depan gara-gara krisis kewangan tenat selain gagal menyediakan bon jaminan pendaftaran pasukan musim depan ternoktah setelah Tan Sri Annuar Musa tampil sebagai penyelamat.
Annuar yang melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada minggu lalu, berkata dia memahami permasalahan terutamanya dari aspek kewangan dialami KAFA susulan keputusan drastiknya itu dan tidak mahu menjadi penyebab Kelantan tidak dapat menyertai saingan musim depan.Ā
āHendak mula musim baru kena ada RM 3 juta tunai dan RM3 juta jaminan, kalau tiada jaminan bon RM3 juta maka pasukan tidak boleh didaftarkan.
āDengan hanya tinggal 10 hari sahaja lagi untuk pendaftaran ditutup dan bukan niat saya nak menyebabkan Kelantan tidak boleh bertanding, saya melalui syarikat saya (Al Hamra Group) bersetuju meneruskan jaminan sepertimana ditetapkan FAM bagi membolehkan Kelantan terus beraksi dalam Liga Super musim depan,ā katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan barisan exco KAFA di ibu negara tengah hari tadi.Ā
Dalam masa sama, Annuar yang mengambil alih pucuk pimpinan KAFA pada 2007 juga berjanji akan mencari jalan penyelesaian bagi menangani tunggakan gaji pemain seterusnya memastikan arena bolasepak Kelantan terus bernafas.
āSaya mendengar masalah tunggakan gaji berpunca daripada penaja-penaja yang tidak dapat penuhi tajaan dan unjuran yang kita tetapkan. Sebagai membuktikan komitmen, sebagai menyokong bolasepak Kelantan, minggu depan saya ikhtiarkan RM500,000 kepada KAFA, bagi membantu bayar gaji setakat mana yang boleh. Saya akan cuba dapatkan, duit itu hanya dibenar diguna untuk bayar gaji,ā katanya.
Beliau bagaimanapun kekal dengan pendirian untuk tidak membuat pusingan āuā terhadap keputusan melepaskan jawatan presiden KAFA, bagi memberi ruang kepada individu lain, terutamanya anak Kelantan untuk menerajui KAFA dan membawa kejayaan lebih gemilang kepada pasukan.
Sementara itu, Timbalan Presiden KAFA, Datoā Sri Affandi Hamzah berterima kasih di atas keprihatinan ditunjukkan Annuar untuk menyelamatkan bolasepak negeri itu meskipun bukan atas kapasiti sebagai seorang presiden.
āTujuan kita semua anggota exco KAFA ke sini adalah bagi memujuk Tan Sri menarik balik keputusannya, kerana kita masih perlukan sumbangan beliau. Perlu diakui tiada orang lain yang lebih baik dari dia untuk menjadi nakhoda kami. Lihatlah dalam situasi ini sekalipun dia masih tidak mahu bolasepak Kelantan bermasalah.
āKomitmen beliau adalah jelas namun dengan alasan yang beliau nyatakan, kita menghormati keputusan itu. Sekiranya ada individu ingin berada dalam kepimpinan KAA, kami mengalu-alukan dan bersedia memikirkan untuk adakan Mesyuarat Agung KAFA lebih awal bagi tujuan itu.āĀ Ā