spore-philippines

Oleh Ku Mohd Lufti

Juara bertahan, Thailand memulakan kempen peringkat kumpulan A Piala AFF 2016 dengan langkah kanan selepas menang 4-2 ke atas Indonesia di Bulacan, Filipina.

Jaringan pembukaan Thailand hadir menerusi pemain tengah, Perapat Notechaiya di minit ke 24.

Teerasil Dangda meledak hatrik di minit ke 36, 79 dan penghujung perlawanan untuk memastikan tiga mata pertama milik juara empat kali.

Indonesia menjaringkan gol menerusi Boaz Solossa dim init ke 53 dan Lerby Eliandry Pong Baru di minit ke 56 perlawanan.

Thailand akan berdepan Singapura dalam misi memburu kemenangan kedua sekaligus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan A.

Dalam satu lagi perlawanan, tuan rumah, Filipina gagal memanfaatka kelebihan beraksi dilaman sendiri selepas terikat tanpa jaringan dengan Singapura.

Filipina akan turun berdepan pasukan tercorot, Indonesia selasa depan dalam misi mencari kemenangan pertama sebelum menentang pendahulu, Thailand pada  25 November.

- Advertisement -