akademi-badminton

Oleh Ku Mohd Lufti

Akademi Badminton Kebangsaan masih belum dapat digunakan sepenuhnya dan hanya akan dibuka pada Januari tahun depan.

Perkara tersebut disahkan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lawrence Chew kerana  laporan pemasangan permukaan gelanggang tergendala.

“Malangnya terdapat satu lagi penangguhan dan kami menganggarkan pembukaan akademi ini pada Januari 2017. Kami boleh membuka lebih awal tetapi kami tidak mahu mengambil risiko. Jadi berkemungkinan pada 15 Januari kami akan membuka secara rasmi,” kata Lawrence.

Akademi Badminton Kebangsaan mula dibina pada Mac 2014 dan dijadual siap pada bulan November tahun ini.

Akademi tersbut bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya gelanggang penyelidikan, malah bakal menjadi hab badminton bagi rantau Asia Tenggara.

- Advertisement -