mei-kuan-meng-yean

Oleh Ku Mohd Lufti

Saingan Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau menyaksikan kejutan dilakukan oleh bergu wanita negara, Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean untuk ke suku akhir.

Tidak diletak sebagai pemain pilihan, gandingan negara ini melakar kemenangan dengan menewaskan bergu dari Indonesia yang juga pilihan ketiga, Della Destiara Haris – Rosyita Eka Putri Sari.

Bergu negara ini bangkit deari kekalahn di set pertama untuk melakar kemenangan di sua set berikutnya 12-21, 21-18, 21-19 dalam pertarungan yang berlanjutan lebih sejam.

Turut mengikuti jejak Mei Kuan – Meng Yean satu lagi pasangan bergu wanita, Vivian Hoo Kah Mun – Woon Khe Wei.

Diletak selaku pilihan kedua, Vivian dan Khe Wei ternyata tidak berdepan banyak halangan untuk mara ke suku akhir selepas menundukkan gandingan Taiwan, Chen Hsiao Huan – Huang Mei Chin dengan kemenangan straight set 21-14, 21-14.

Dalam pada itu, dua wakil negara dalam kategori bergu campuran, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng – Lai Pei Jing turut mengesahkan slot ke suku akhir

Peng Soon dan Liu Ying yang juga pilihan pertama mara selepas menundukkan Chi Lin Wang – Chia Hsin Lee dari Taiwan dengan kemenangan straight set 21-19, 21-15.

Di suku akhir, Peng Soon dan Liu Ying akan berdepan seteru dari China, Zhang Nan – Li Yinhui.

Manakala Kian Meng dan Pei Jing sedikit bergelut ke atas gandingan Ho Wai Lun – Yuen Sin Ying sebelum menang 21-16, 27-25.

Acara perseorangan pula menyaksikan seorang wakil masing masing bagi kategori lelaki dan wanita mengesahkan kemaraan.

Chong Wei Feng menang ke atas Anthony Sinisuka Ginting untuk ke suku akhir dan akan berdepan pilihan keenam dari Taiwan Tzu Wei Wang.

Manakala Goh Jin Wei melangkah dengan selesa ke suku akhir selepas lawannya Rusydina Antardayu Riodingin menarik diri akibat kecederaan.

Jin Wei menang 21-10 di set pertama dan mendahului 11-1 di set kedua sebelum perlawanan ditamatkan.

- Advertisement -