wee.kiong.v.shem

Oleh Ku Mohd Lufti

Bergu lelaki negara, Goh V Shem – Tan Wee Kiong meneruskan cabaran tunggal negara ke pentas akhir selepas melepasi pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Dunia Akhir di Dubai lewat malam tadi.

Berdepan gandingan China, Chai Biao – Hong Wei, V Shem dan Wee Kiong yang diletak selaku pilihan kedua kejohanan ternyata mendominasi saingan meskipun sekali sekala diberi tentangan sengit.

Set pertama, bergu lelaki negara ketinggalan diawal saingan 0-2, namun bangkit untuk mengikat kedudukan sebelum mendominasi perlawanan.

Kedua dua bergu ini hanya dibezakan dengan satu atau dua mata sahaja sebelum keadaan semakin rancak apabila kedudukan terikat 17 sama.

V Shem dan Wee Kiong yang juga pemenang pingat perak sukan Olimpik Rio 2016 Ogos lalu semakin serasi apabila bijak mencari ruang untuk memerangkap sebelum menutup set pertama dengan kemenangan 21-18.

Set kedua, Chai Biao dan Hong Wei bermain dengan corak yang berbeza untuk memburu kemenangan sekaligus menheret permainan ke set penentuan.

V Shem dan Wee Kiong tampak goyah seketika diawal namun kembali tenang dan fokus untuk terus mengekori rapat lawannya.

Penguasaan perlawanan berubaha tangan, menjadi milik V Shem dan Wee Kiong selepas kedudukan terikat 13 sama.

Gandingan bergu nombor satu negara ini terus mengungguli saingan dan menjarakkan kedudukan sebelum menutup set kedua dengan kemenangan 21-16 selepas bertarung selama 36 minit.

Dipentas akhir, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong akan berdepan pilihan pertama kejohanan, Takeshi Kamura – Keigo Sonoda dari Jepun.

- Advertisement -