Oleh Ku Mohd Lufti
Gandingan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong cemerlang menutup kalendar 2016 dengan kejayaan apabila muncul juara Siri Super Dunia Akhir.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ini turun berdepan gandingan Jepun, Takeshi Kamura – Keigo Sonoda dipentas final.
Ternyata gandingan Jepun itu gagal mengatasi corak permainan V Shem dan Wee Kiong yang memerlukan 40 minit untuk melakar kemenangan straight set 21-14, 21-19 sekaligus merangkul trofi sulung di kejohanan itu.
Kemenangan Goh V Shem – Tan Wee Kiong bermakna Malaysia menamatkan penantian selama 8 tahun untuk merngkul kejuaraan bagi acara bergu lelaki selepas Koo Kien Keat – Tan Boon Heong melakukannya pada 2008 di Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk rekod musim ini, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mencatat keputusan cemerlang pada kejohanan bertaraf Siri Super Premier apabila buat kali pertama muncul juara Terbuka Denmark pada Oktober.
Sejak digandingkan pada 2014, V Shem-Wee Kiong turut menjuarai Grand Prix Emas Terbuka India dan Terbuka Amerika Syarikat, awal tahun ini.