Oleh Ku Mohd Lufti
Skuad Harimau Malaysia menutup kalendar 2016 keputusan hambar apabila menghuni ranking ke 161 dunia dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Ketika November, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menghuni tangga 156 dunia, namun kedudukan pada bulan Disember, Harimau Malaysia jatuh lima anak tangga.
Kedudukan Malaysia di peringkat Asia juga hambar apabila Harimau Malaysia jatuh satu anak tangga ke posisi ke-31 dalam kalangan 46 negara.
Skuad kebangsaan berada pada kedudukan kelima dalam kalangan negara ASEAN dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-120, diikuti Thailand yang berada di 126, Â sementara Vietnam di ranking 134 dan Myanmar di kedudukan ke 159 dunia.
Ranking terbaharu itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba yang berada di ranking 160, Macedonia (162) dan Kosovo (165).
Dua pasukan dari benua Amerika Latin, Argentina dan Brazil mengekalkan kedudukan selaku dua pasukan terbaik dunia selepas masing-masing mengumpul 1,634 dan 1,544 mata, manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.