Oleh Muhammad Aiman
Penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri akan melangkah ke musim 2017 dengan membawa status sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia.
Di sebalik gagal membantu Selangor mempertahankan Piala Malaysia dan menjulang sebarang trofi musim lalu, penyerang berusia 25 tahun itu tetap dianggap sebagai pemain paling cemerlang Liga Malaysia apabila dinobatkan sebagai MVP di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016.
Hazwan yang akan mewakili Johor Darul Takzim pada musim baru,  turut dianugerahkan  Penyerang Terbaik ABK 2016 setelah menyumbangkan tujuh gol dalam semua pertandingan buat gergasi merah kuning â dia menewaskan Amri Yahyah, Azinee Taib, Zaquan Adha dan Syafiq Ahmad.
âSaya tidak sangka akan menang dua gelaran di ABK 2016, terima kasih kepada Selangor di atas peluang yang telah diberikan. Saya akan jadikan ianya sebagai suntikan untuk harungi musim lebih cemerlang bersama JDT nanti dan membantu mereka pertahankan Liga Super dan Piala FA,â kata Hazwan.
Pemilihan Hazwan sebagai MVP bagaimanapun dianggap sebagai kejutan, apatah lagi dia mengatasi pemenang tahun lalu yang juga âkapten bersaraâ skuad kebangsaan, Safiq Rahim yang lebih cemerlang dengan membantu JDT menjulang kejuaraan berganda dan menjaringkan 15 gol secara keseluruhan musim lalu.
Kapten JDT itu bagaimanapun tidak pulang tangan kosong apabila memenangi Anugerah Pemain Tengah Terbaik buat musim kedua berturut-turut, mengatasi Baddrol Bakhtiar, R.Gopinathan, Safawi Rasid dan Syazwan Zainon.
Kejayaan membantu Kedah menjulang Piala Malaysia pula membawa tuah kepada Rizal Ghazali yang memenangi Anugerah Pertahanan Terbaik manakala ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe dinobatkan Jurulatih Terbaik.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mencatat rekod memenangi gelaran Penjaga Gol Terbaik buat kali kelima, merampas semula gelaran yang kali terakhir dimenanginya pada 2013.
Bekas ayam tambatan JDT, Jorge Pereyra Diaz muncul Pemain Import Terbaik manakala seorang lagi pemain baru Harimau Selatan, Safawi Rasid yang menyarung jersi T-Team sebelum ini dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan. Â
Senarai Pemenang ABK 2016
Pemain Paling Bernilai: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)
Pertahanan Terbaik: Rizal Ghazali (Kedah)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe
Pemain Import Terbaik: Jorge Pereyra Diaz (JDT)
Pemain Muda Harapan: Safawi Rasid (T-Team)
Pemain Wanita Terbaik: Dandree Rofinus (MISC-MIFA)
Anugerah Fairplay: Negeri Sembilan
Pasukan Terbaik: JDT
Anugerah Khas: Faiz Subri
Penyokong Terbaik: Melaka
Penghormatan Khas: Mendian Tan Chong Wah (Ah Wa)