Oleh Muhammad Aiman
Juara Liga Super, Johor Darul Takzim akan berdepan Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Larkin malam ini, sekaligus menjadi pembuka tirai aksi Liga Super musim baru.
Di sebalik pertukaran jurulatih hanya beberapa hari sebelum sepakmula, skuad Harimau Selatan berada dalam keyakinan tinggi mahu mengekalkan kecemerlangan musim lalu â menjuarai liga tanpa tewas â dan jurulatih baru mereka, Benjamin Mora berjanji tidak akan menghampakan harapan tinggi penyokong.
âSaya mahu bermula dengan langkah kanan, memenangi Piala Sumbangsih dan dapatkan tiga mata. Mario Gomez meninggalkan sebuah pasukan juara, dan saya mahu kekalkan reputasi sang juara dan rekod yang telah dicipta itu,â ujar Mora yang sebelum ini merupakan jurulatih JDT II.
Meskipunhanyasempatmelatihpemain-pemainnya selama dua hari, Mora tidak merasakan ia akan menjadi masalah besar.
âTiada perubahan besar dalam taktikal pasukan, pemain-pemain ini telah beraksi bersama sejak sekian lama dan telah menang banyak pertarungan. Sebab itulah mereka pasukan juara,â katanya.
Perubahan yang nyatabuat JDT musiminiadalahmerekaakanturuntanpakelibatduapenyerang import sensasimereka yang sudahpunmeninggalkanpasukan, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero yang menjaringkankeseluruhan 47 golpada 2016 sertapemain Singapura Hariss Harun yang tiadadalamperancangankesebelasanutama.
Namunmerekatelah pun membawamasuktigapemain Argentina sebagaipengganti â Brian Ferreira, Gonzalo Cabrera danJeronimoBaralesmanakalakhidmat Marcos Antonio dikekalkan.
Dalam pada itu, penolong jurulatih Kedah, Nidzam Adha Yusoff berkata dia yakin betapa fokus di kem Harimau Selatan tidak akan terjejas meski pun mereka kehilangan jurulatih hanya beberapa hari sebelum sepakmula.
âIanya silap jika kami fikir JDT akan terjejas dengan situasi terkini melanda kem mereka (pemergian Gomez). Apa yang kita semua tahu adalah Diaz dan Lucero sudah meninggalkan pasukan, tetapi mereka telah membawa masuk pemain yang berkualiti dan kita tidak tahu mengenai pemain tersebut.
âMalah mereka juga mempunyai pemain-pemain tempatan yang bagus, jadi tiada sebab untuk kami pandang mudah cabaran mereka. Mereka tidak tewas sepanjang musim lalu, dan tidaktewas di Larkin untuk tempoh yang begitu panjang, kami perlu kerah sesuatu yang luar biasa untuk melakukan kejutan,â ujarNidzam.
Setakat ini, JDT sudah mengharungi 33 perlawanan tanpa tewas di Larkin dan Kedah mengharapkan sentuhan perancang tengah, Liridon Krasniqi dan penyerang import baru, Ken Ilso Larsen untuk meleburkan rekod tersebut.