Oleh Ku Mohd Lufti
Selepas isu melibatkan kecederaan yang menimpa jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Wira Lee Chong Wei yang mengalami kecederaan di lutut kirinya, wujud tanda tanda awal berlaku perang mulut di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menerusi kenyataan media, Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai menjawab isu yang ditimbulkan oleh Chong Wei yang menyatakan  permukaan gelanggang yang licin menjadi punca kepada kecederaannya.
“Kami percaya permukaan gelanggang yang licin kerana ianya masih baru dan habuk atau debu berterbangan di dalam kerana Akademi Badminton yang baru siap dan masih lagi menjalani kerja kerja pembinaan.
“BAM akan melakukan siasatan terhadap isu gelanggang licin seperti yang dikatakan oleh Datuk Wira Lee Chong Wei.” kata Chin Chai.
Saranan Chong Wei terhadap gelanggang tersebut sudah diutarakan kepada Pengarah Teknikal BAM, Â Morten Frost Hansen dan Pengurus Besar BAM, Lawrence Tan, sebelum insiden terjatuh belaku, namun tidak diendahkan.
Ketidaksefahaman diantara Chong Wei dan BAM semakin kuat apabila pemain nombor satu dunia itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan Morten Frost.
Chong Wei mendakwa Frost seakan akan tidak sabar untuk melihatnya bersara dari area badminton.
Tegas pemain kelahiran Pulau Pinang itu, keputusan bila mahu bersara terletak di tangannya dan bukan ditentukan oleh mana mana pihak.
Chong Wei mendapat perkhabaran dari seseorang yang rapat dengannya, mengatakan Morten Frost melihat kecederaan yang dialaminya ketika ini merupakan pengakhiran kepada kariernya.
Tidak mahu berselindung lagi, Chong Wei mendedahkan, ia bukan kali pertama Frost mengeluarkan soalan yang sama kerana ia turut ditanyakan ketika Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil.
Malah, Chong Wei juga tidak menjalani latihan bersama sama pemain pemain pelapis, sebaliknya Frost memutuskan untuk memisahkan sesi latihan diantara pemain pemain elit dan pelapis.
Latihan pemain elit dikendalikan Tey Seu Bock dan Hendrawan manakala latihan bagi pemain pemain pelapis dikendalikan Indra Wijaya.
Andai tiada jalan penyelesaian, Chong Wei yang juga pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik tidak menolak akan meninggalkan BAM.
Bagi Chong Wei, tindakan Morten Frost diibarat sudah melampau kerana banyak lagi isu yang tidak didedahkan dan ia melibatkan pemain pemain lain dalam BAM.
Kebanyakkan pemain bersikap kunci mulut, malah Chong Wei juga diminta jurulatihnya Handrawan agar bersabar sebelum ini.
Chong Wei dijangka akan mengadakan pertemuan dengan pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohd Al Amin Abd Majid untuk membincangkan masa depannya bersama BAM.