Oleh Oleh Ku Mohd Lufti
Mark Warren. Gambar ikhsan GlobalOne
Lima daripada 15 pemain negara yang beraksi di Kejohanan Kejuaaran Golf Maybank mempamer aksi cemerlang di hari pertama apabila menduduki kelompok 40 terbaik dengan catatan dibawah par.
Paling cemerlang Arie Irawan yang berkongsi kedudukan ketiga, dengan lima pemain antaranya, Danny Willet dari England, Sam Brazel (Australia) serta dua pemain Jerman, Peter Uihlein dengan catatan 66 pukulan 6 dibawah par.
Pemain berusia 26 tahun ini bermula dari lubang ke 10 cemerlang membenam 4 birdie berturut turut bermula dari lubang 15 untuk mengumpul tiga dibawah par pada satu ketika.
Tatkala pemain lain bergelut dengan cuaca panas, pemain kelahiran Selangor ini tetap tenang apabila menambah dua lagi birdie di Sembilan lubang terakhir untuk muncul pemain terbaik dari Malaysia.
Seorang lagi pemain negara, Gavin Kyle Green, mengekori rapat Arie selepas menutup hari pertama dengan catatan 68 pukulan empat dibawah par, berkongsi kedudukan ke 10 dengan lima lagi pemain antaranya, Richard T Lee (Kanada), dan David Lipsky ( Amerika Syarikat).
“Permulaan yang perlahan walaupun saya mencatat birdie dilubang pertama tetapi saya gagal menyesuaikan diri dengandriver selepas itu.
“Namun saya kembali mencari rentak dan bermain dengan selesa tanpa sebarang tekanan serta mengikuti perancangan yang sudah ditetapkan.”Kata Gavin.
Manakala tiga lagi pemain negara, Nicholas Fung, Ben Leong dan Kemarol Baharin masing masing mengumpul 70 pukulan dua dibawah par pada hari pertama sekaligus berkongsi kedudukan ke 30 dengan21 lagi pemain.
Hari pertama kejohanan diungguli pemain kelahiran Scotland, Marc Warren yang menutup 18 lubang pertama dengan catatan 63 pukulan Sembilan dibawah par.
Ternyata catatan ini gagal dicabar mana mana pemain yang seringkali bergelut dengan cuaca panas di lapangan Golf Saujana, Subang.
Tiada catatan bogey dilakar, Marc cemerlang apabila membenam birdie di lubang pertama, 3,4 dan 6 sebelum menutup Sembilan lubang pertama dengan eagle dilubang ke lapan.
Dua lagi birdie dilakar di lubang ke 14 dan 17 untuk memastikan namanya berseorangan selaku pendahulu di hari pertama.
“Jelas sekali hari ini cuaca dan hari yang baik, saya memulakan saingan diwaktu yang teoat sebelum angin mula bertiup kuat.
“Enam birdie diawal sebelum saya bergelut di Sembilan lubang berikutnya kerana faktor angin khususnya di tiga lubang terakhir.
“Tidak banyak perubahan untuk esok, saya harapkan dapat lakukan banyak birdie seperti hari ini dan mengurang kesilapan untuk elak catatan bogey,”Kata Warren.
Tempat kedua pula milik pemain kelahiran Thailand Phachara Khongwatmai yang mencatat 65 pukulan 7 dibawah par, ketinggalan dua pukulan dibelakang pendahulu.