Oleh Muhammad Aiman

Barisan pemainnya mungkin beraksi hambar, malah menerapkan corak permainan defensif keterlaluan namun P. Maniam tidak peduli semua itu.

Baginya, kejayaan mengikat juara Liga Super tiga kali berturut-turut tanpa jaringan di gelanggang keramat mereka di Stadium Larkin, ibarat satu kemenangan!

ā€œPemain saya berhak meraih satu mata selepas bekerja keras dan menunjukkan kerjasama sepasukan tinggi untuk mengekang serangan bertali arus JDTĀ  dan tampil lebih komited berbanding ketika tewas kepada PKNS FC minggu lalu.

ā€œPerlu diingat kami turun sebagai underdog menentang JDT yang diketahui cukup kebal dan gah di gelanggang mereka. Mereka sebuah pasukan mantap, bukan senang untuk membawa pulang mata dari sini jadi memang sasaran kita adalah mengelak daripada kalah.

ā€œJadi saya ubah formasi 4-3-3 yang sering diamalkan kepada formasi bertahan 5-3-2 dan 5-4-1 dan ianya membuahkan hasil. Kami bukan sahaja berjaya mengelakkan gawang daripada dibolosi, tetapi dalam masa sama turut mencipta beberapa peluang jaringan dan mencemaskan barisan pertahanan mereka.

ā€œSudah tentunya saya cukup gembira dengan ā€˜kemenanganā€™ ini dan terima kasih juga kepada penjaga gol, Khairul Azhan (Khalid) yang cemerlang termasuk menyelamatkan sepakan penalti lawan serta aksi meyakinkan ditunjukkan pemain-pemain muda saya,ā€ ujar Maniam.

Keputusan seri tanpa jaringan pada Sabtu menyaksikan Red Giants muncul pasukan pertama untuk menghalang Harimau Selatan menjaringkan gol dalam saingan Liga Super selepas 40 perlawanan sejak April 2015 iaitu ketika mereka terikat tanpa jaringan dengan Lions XII.

Lebih menarik Selangor juga mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menghalang JDT menjaringkan gol dalam Liga Super di Stadium Larkin sejak pasukan itu diwujudkan pada 2013.

Skuad kendalian Benjamin Mora yang kembali beraksi dalam aksi liga selepas tewas kepada Gamba Osaka dalam kelayakan Liga Juara-Juara Asia Selasa lalu, menguasai hampir keseluruhan permainan menentang Selangor malah turut dihadiahkan sepakan penalti namun penjaga gol kebangsaan, Khairul Azhan Khalid bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Brian Ferreira.

Selangor kini menghuni tangga kelapan dengan lima mata hasil satu kemenangan dan dua seri manakala JDT pula mengharungi permulaan suram dan belum betul-betul menyengat, dilihat masih gagal menyesuaikan diri dengan kehilangan dua tonggak penyerang Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero.Ā 

Pastinya Mora mengharapkan ketumpulan barisan serangan akan dapat segera ditangani tatkala mereka memulakan misi mempertahankan Piala FA dengan menentang Felda United pada Selasa ini, manakala Selangor akan berdepan pasukan 100 Plus Liga Premier, Negeri Sembilan.

- Advertisement -