Oleh Ku Mohd Lufti
Calon bagi kerusi utama sebagai Presiden dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah melibatkan pertandingan dua individu selepas tempoh pencalonan ditutup hari ini.
Bagi calon Presiden penggal 2017 – 2021, persaingan melibatkan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.
Pengumuman dibuat Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi.
Pemilihan bagi jawatan Presiden akan dibuat di Kongres Pemilihan FAM ke 53 pada 25 Mac depan.
Selain Tunku Ismail dan Annuar Musa, dua lagi nama menjadi pilihan bagi pertandingan untuk merebut jawatan Presiden, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat, namun disahkan menarik diri.
Tambah Hamidin, selain pertandingan bagi kerus panas FAM, empat calon disahkan bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, namun nama calon calon tersebut enggan didedahkan.
Bagi jawatan Naib Presiden, Sembilan calon disahkan bertanding dan 17 calon pula akan bertanding untuk mengisi kerusi sebagao Exco FAM manakala Exco Wanita memperlihatkan tujuh individu mengesahkan penyertaan.
Kesemua calon yang sah bertanding akan diteliti terlebih dahulu dalam Mesyuarat Exco yang akan berlangsung pada 20 Februari depan sebelum senarai akhir calon yang layak bertanding diumumkan.
Sehingga tarikh Kongres bermula, calon calon juga masih dibenarkan untuk menarik diri.