Oleh Muhammad Aiman
Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) hari ini melantik bekas pemain dan jurulatih Perak, Syamsul Saad sebagai ketua jurulatih baru pasukan itu menggantikan Razip Ismail yang melepaskan jawatannya minggu lalu.
Presiden PFA, Datuk Rozabil Ahmad berkata pengurusan memandang berat prestasi pasukan singa utara dalam kempen 100PLUS Liga Premier musim ini, yang mana mereka ketika ini menghuni tangga tercorot dengan dua mata dan belum merekodkan kemenangan selepas tujuh perlawanan.
Justeru itu, menurutnya Syamsul dilihat calon paling layak untuk mengambil alih teraju pasukan dan membawa perubahan terhadap nasib pasukan ituĀ yang tewas buat kali keempat berturut-turut berikutan kekalahan 0-5 kepada Kuantan FA minggu lalu.Ā
āPFA telah mengenalpasti terdapat keperluan mendesak untuk memantapkan strategiĀ dan menambahbaik sudut kejurulatihan pasukan. Jadi kita ingin mengajak seluruh penyokong pasukan ini untuk mengalu-alukan penyertaan Syamsul sebagai ketua jurulatih baru.
āRombakan barisan kejurulatihan merupakan usaha awal untuk memulihkan prestasi pasukan sebelum langkah yang seterusnya diambil semasa jendela perpindahan dibuka pada bulan Mei nanti,ā ujar Rozabil dalam satu kenyataan media. Ā
Untuk rekod, Syamsul, 42 tahun, adalah bekas pemain Terengganu dan Perak.
Ketika di zaman kegemilangan skuad the bos gaurus, Syamsul telah membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia dan Piala FA sekitar tahun 2000 ā 2004 dan turut pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan pada tahun 2006.
Aksi pertama Perlis di bawah kendalian Syamsul adalah perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Sarawak di gelanggang sendiri pada Sabtu ini.