Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 akan memastikan Larian Baton Bangkit Bersama peringkat kedua di Manila, Filipina berjalan dengan lancar.

Kesemua Sektetariat yang bertugas dibawah jawatan kuasa Larian Baton Bangkit Bersama berkumpul di Kedutaan Malaysia untuk sesi taklimat yang di sampaikan En. N. Kumaran.

Turut hadir Duta Besar Malaysia, Tuan Yang Terutama, Datuk Raszlan Abdul Rashid, Ketua Pegawai Operasi Sekretariat MASOC, En. Shaiful Subhan dan Pengerusi Jawatankuasa Larian Baton, En Ajitpal Singh.
Datuk Raszlan ternyata berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan dan berharap segala perancangan berjalan dengan lancar.
“Persiapan yang dijalankan begitu teliti dan teratur dan saya berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan masing masing untuk menjayakan acara ini,”kata Datuk Raszlan.
Larian Baton Bangkit Bersama peringkat kedua melibatkan jarak sejauh 7.2 kilometer bermula dari perkarangan Istana Malacanang menuju ke beberapa lokasi ikonik di kota Manila termasuk Luneta, Taman Rajah Sulayman dan Rizal Memorial Sports Complex.
Hidilyn Diaz, pemenang pingat perak acara angkat berat sukan Olimpik Rio 2016 kan menjadi pelari pembawa baton pertama dan diiringi atlet atlet paralimpik negara Filipina.
- Advertisement -