Selepas 15 edisi Piala Sudirman masih tiada jawapan yang nyata Malaysia masih tempang sekaligus kempunan untuk menamatkan penantian bagi membawa pulang trofi itu ke tanah air.
2016 membuktikan kemampuan Malaysia khususnya dalam acara badminton, apabila gandingan bergu lelaki, wanita dan campuran membuktikan merekalah permata Malaysia untuk masa depan.
Namun, ia tampak meleset apabila setiap kejohanan yang disertai berakhir dengan keputusan yang tidak menentu.
Kemuncak aksi hambar Malaysia ditonjolkan di Piala Sudirman edisi 2017 yang berlangsung di Goldcoast, Australia.
Skuad negara yang dianggap menurunkan barisan terbaik hanya gah ketika menentang Jerman dalam saingan kumpulan sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir.
Namun Malaysia memilih jalan berliku apabila tewas kepada Jepun sekaligus akur menamatkan saingan ditangga kedua.
Suku akhir sekali lagi menemukan Malaysia dan Jepun, ramai yang mengharapkan keputusan positif, namun ia sekadar harapan apabila Malaysia dimalukan 1-3.
Makin tua, makin berisi, itulah ungakapan yang wajar diberikan kepada pemain nombor dua dunia ketika ini, Datuk Lee Chong Wei yang kekal konsisten sepanjang saingan, tidak pernah gagal dalam menyumbang mata.
Jelas sekali kritikan perlu diberikan kepada Goh V Shem, Tan Wee Kiong yang gagal menunjukkan mutu permainan yang sepatutnya.
Jelas sekali Jepun yang dikendalikan Park Joo Bong menyampaikan mesej yang cukup jelas, Malaysia semakin dibelakang.
Pastinya kegagalan kali ke 15 ini menjadi satu tamparan hebat buat Datuk Seri Norza Zakaria yang sebelum ini turut melaungkan keyakinan Malaysia mampu ke peringkat final.
Peluang demi peluang telah diberi, namun tiada hasil yang diberi, sudah masa Persatuan Badminton Malaysia membuka mata untuk menilai kembali system latihan, jadual, malah meneliti secara menyeluruh pemain pemain berkenaan.
Sikap ketika berlatih bahkan di luar gelanggang, sebelum memasuki gelanggang pertandingan sehingga selesai, perlu dipantau rapi.
Masakan pokok boleh bergoyang jika angina tidak bertiup, namun itulah pandangan sesetengah pihak yang ‘melihat’ karakter pemain pemain ini tidak menggambarkan seperti pemain professional.
Usah menoleh kebelakang lagi, Sukan SEA, Kejohanan Dunia menanti, apa pula cerita BAM selepas ini? – OLEH KU MOHD LUFTI