LARIAN Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017) di Sabah mencipta sejarah tersendiri apabila Obor dibawa ke puncak Gunung Kinabalu pada hari ini, 5 Jun 2017.

Gimik siri Larian Obor KL2017 itu menjadi lebih bermakna apabila Menteri Belia dan Sukan sendiri, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin telah mengetuai dan turut menyertai pendakian tersebut. Rombongan mendaki memulakan perjalanan mereka dari Pondok Timpohon, Kinabalu Park pagi semalam.

Turut bersama beliau adalah 23 pendaki lain termasuk para Ikon Ranau iaitu Juara Kinabalu Climbathon 2016, Safrey Sumping serta dua jurupandu pendaki yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada tahun 2015, Junaydie Sihan dan Jomius Binte.

Kumpulan pendaki juga turut disertai oleh dua orang awam yang dipilih melalui cabutan bertuah iaitu Mark Jinmin dan Muhammad Nadzul Faiz bin Nazli. Terdahulu, YB Brig. Jen. Khairy telah membuat pengumuman melalui akaun Twitter beliau dan menjemput orang awam untuk menyertai ekspedisi membawa Obor KL2017 ke puncak Gunung Kinabalu dan akan memilih dua rakyat Malaysia yang bertuah untuk turut serta.

Acara gimik di Gunung Kinabalu merupakan antara tarikan unik di dalam siri Larian Obor KL2017 kerana buat julung kalinya, larian ini mencipta rekod tersendiri apabila Obor dibawa naik menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Selain membawa Obor ke puncak Gunung Kinabalu, banyak lagi tarikan menarik yang bakal dipersembahkan dalam siri Larian Obor KL2017 di seluruh negara.

Larian Obor KL2017 di Negeri Sabah menjelajah beberapa daerah utama iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang.

Secara keseluruhannya, jarak Larian Obor KL2017 di Negeri Di Bawah Bayu ini adalah sejauh lebih 30 kilometer dan akan berakhir pada 8 Jun 2017 nanti. 

Larian Obor KL2017 ini merupakan satu lagi pra-acara kepada temasya sukan KL2017 yang dianjurkan oleh MASOC dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri di Malaysia. Ia adalah inisiatif untuk meningkatkan motivasi dan semangat rakyat menjelang temasya sukan KL2017.

Obor yang bakal dibawa oleh para peserta di dalam larian ini merupakan hasil rekaan khas daripada Royal Selangor untuk KL2017.

Larian Obor KL2017 bermula pada 13 Mei 2017 dan dijadualkan berakhir pada 12 Ogos 2017. Sementara itu, KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.

Untuk maklumat lanjut berkenaan KL2017 dan Larian Obor KL2017, sila layari www.kualalumpur2017.com.my.

 

KUALA LUMPUR 2017 TORCH CONQUERS MOUNT KINABALU

THE Sabah edition of the Kuala Lumpur 2017 Torch Run organised in conjunction with the 29th SEA Games and the 9th ASEAN Para Games (also known as Kuala Lumpur 2017 or KL2017) created history when the Torch was taken to the summit of Mount Kinabalu today, 5 June 2017.

The occasion was made even more remarkable when the Minister of Youth and Sports, YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin himself led and participated in the expedition. The group of climbers began their ascent to Mount Kinabalu from Timpohon Gate, Kinabalu Park yesterday morning. Accompanying the Minister of Youth and Sports are 23 other climbers, including Ranau Icons Safrey Sumping,

the Champion of Kinabalu Climbathon 2016 as well as Junaydie Sihan and Jomius Binte, the two guides who were involved in the search and rescue operation during the 2015 Mount Kinabalu earthquake.

Also in the expedition were two members of the public, Mark Jinmin and Muhammad Nadzul Faiz bin Nazli who were selected to join the group of climbers via a lucky draw. Earlier, YB Brig. Gen. Khairy had tweeted an invitation to members of the public to submit their interest in joining the expedition and announced that two lucky Malaysians would be selected.

The gimmick at Mount Kinabalu is one of the unique attractions in the KL2017 Torch Run series as the run sets its own record for taking on the highest mountain in Southeast Asia. Apart from taking the KL2017 Torch up to Mount Kinabalu,

there are several other unique gimmicks that will be featured in the KL2017 Torch Run across the country.

The run in Sabah traverses through several main districts including Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu and Sipitang. 

Overall, the KL2017 Torch Run in the “Land Below the Wind (Negeri Di Bawah Bayu)” covers a distance of over 30 kilometers and is set to end on 8 June 2017.

The KL2017 Torch Run is organised by MASOC and the Ministry of Youth and Sports with the cooperation of the State Department of Youth and Sports as a prelude to KL2017. It is one of the initiatives to boost the spirit of Rising Together among the people across the nation leading up to the Games.

The KL2017 Torch was custom designed by Royal Selangor.

The KL2017 Torch Run commenced on 13 May 2017 and is scheduled to end on 12 August 2017. KL2017 will take place from 19th to 30th August 2017 for the 29th SEA Games and 17th to 23rd September 2017 for the 9th ASEAN Para Games.

For more information about KL2017 and the KL2017 Torch Run, please visit www.kualalumpur2017.com.my

- Advertisement -