Ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datoâ Ong Kim Swee menegaskan peluang untuk kembali merampas pingat emas Sukan Sea di temasya Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan tidak seharusnya semata-mata bergantung kepada tuah undian dan kelebihan bermain di gelanggang sendiri.
Sebaliknya bekas pengendali skuad senior kebangsaan itu berkata adalah penting untuk membentuk sebuah skuad yang berdaya saing, mantap dan seimbang memandangkan kesemua pasukan yang mengambil bahagian berpotensi memberikan ancaman serius. Â
âDulu situasinya lain, ada pasukan akan gembira bila mereka diundi bersama Laos, Kemboja, Filipina atau Timor Leste. Tapi sekarang sudah berubah, peluang untuk berjaya tidak lagi kerana tuah undian kerana semua pasukan menunjukkan peningkatan dan berada pada tahap kekuatan yang lebih kurang sahaja.
âSebelum ini orang hanya pandang Indonesia, Thailand, Singapura. Tapi lihat Filipina sekarang nombor satu di Asia Tenggara, Laos mahupun Timor Leste bukan lagi pasukan belasahan. Jadi tiada istilah tuah undian, semua pasukan perlu diberi perhatian sama. Â Sebab itu kita perlu fokus dan bekerja keras,â kata Kim Swee.
Kim Swee akan membawa seramai 22 pemain terbang ke China pada Khamis bagi mengharungi tiga aksi persahabatan menentang skuad B-22 China (10 Jun), skuad simpanan Guangzhou R&F (13 Jun) dan skuad simpanan Guangzhou Evergrande (15 Jun) sebagai persiapan untuk menghadapi Kelayakan Kejohanan AFC B-23 pada Julai disusuli temasya Sukan Sea.
Harapan cukup tinggi diletakkan ke atas Kim Swee yang mengambil alih tugas Frank Bernhardt pada Mac lalu untuk memenangi semula pingat emas bolasepak yang disifatkan sebagai ibu segala pingat di KL 2017 setelah kali terakhir melakukannya pada temasya Jakarta/Palembang 2011 (juga di bawah bimbingannya).
Cabaran Malaysia tersekat di separuh akhir di edisi Myanmar 2013 dan kemudiannya di Singapura dua tahun lalu, mereka gagal melepasi halangan peringkat kumpulan â Thailand muncul juara kedua-dua edisi tersebut sekaligus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bolasepak rantau Asean dengan rekod kejuaraan sebanyak 15 kali.
Untuk rekod juga, sepanjang 13 edisi lalu sejak 1991 (26 tahun), hanya Thailand satu-satunya pasukan yang berjaya memenangi pingat emas apabila menjadi tuan rumah iaitu di Chiang Mai 1995 dan Korat 2007.
Malaysia sendiri gagal melakukannya ketika kali terakhir Kuala Lumpur menganjurkan temasya dwitahunan itu pada 2001 â di mana skuad dibarisi pemain seperti Hairudin Omar, Akmal Rizal, Juzaili Samion dan Indra Putra Mahyudin tewas 0-1 kepada Thailand pada perlawanan akhir. Â
âIanya bukan mudah apabila menjadi tuan rumah, kerana ada faktor tambahan yang kita perlukan iaitu kebolehan pemain-pemain menangani tekanan dan ekspetasi tinggi dari para penyokong sendiri,â ujar Kim Swee lagi. – OLEH MUHAMMAD AIMAN