Selepas menang  dalam aksi persahabatan pertama ke atas Great Britain, skuad hoki negara meneruskan persiapan menjelang separuh akhir Liga Hoki dunia di London, England yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 25 Jun.
Perlawanan persahabatan kedua menentang Wales berakhir dengan kemenangan selesa 4-1 pada aksi yag berlangsung semalam.
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil meletakkan pasukan kebangsaan didepan di minit ke 17 hasil jaringan padang namun Wales bangkit menyamakan kedudukan lima minit berselang juga menerusi jaringan padang.
Jaringan tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat juang anak didik Van Huizen apabila kembali didepan menerusi pukulan sudut penalty yang disudahkan Shahril Saabah di minit ke 29.
Kekuatan Malaysia dalam taktikal pukulan sudut penalty sekali lagi membuahkan hasil apabila giliran RAzie Rahim mencatat nama selaku penjaring di minit ke 46 sebelum pemain tengah, Nabil Fikroi Mohd Noor melengkapkan kemenangan kedua Malaysia hasil jaringan padang di minit ke 47.
Bagu Stephen Van Huizen, kemenangan 100 peratus dalam dua perlawanan persahabatan jelas sekali menggembirakannya, namun ia bukan jaminan Malaysia sudah bersedia sepenuhnya.
“Saya gembira dengan kemenangan dalam dua perlawanan ini kerana ia akan menyuntik semangat pemain pemain menjelang aksi sebenar.
“Namun kami perlu kekalkan keadaan sehingga kejohanan bermula dan perlu mengurangkan kesilapan dan perlu melakukan keputusan dengan lebih pantas dalam situasi genting,”kata Van Huizen.
Tambahnya lagi, jaringan menerusi pukulan sudut penalty dan gol padang yang dihasilkan oleh pemain pemainnya Sesuatu yang baik.
Selepas menentang Great Britain dan Wales, Malaysia akan meneruskan siri perlawanan persahabatan menentang Kanada esok. – OLEH KU MOHD LUFTI