MORE than 150 WAU Factor media volunteers for upcoming SEA Games and ASEAN Para Games 2017 attended their first briefing and training session on Saturday (17 June 2017) at Dewan Komanwel in Bukit Jalil.

The two-hour session, which covered various aspects of media operation during the KL2017 Games, was conducted by MASOC’s Head of Media and Communications, En Fahmi Omar.

The volunteers will be tasked with various duties at the Main Press Centre, Venue Media Centres and other dedicated venues around the country as well as the International Broadcasting Centre and the KL2017 Newsroom.

Also present at the session was Ministry of Communications and Multimedia Malaysia (MCMM) Strategic Communications Division Principal Assistant Secretary Puan Janisah Mohd Noor.

The WAU Factor media volunteers are among 14,000 volunteers who will be involved in the 29th SEA Games and the 9th ASEAN Para Games.

More than 2,000 media representatives from various print, electronic and online media organisations in the region are expected to cover the KL2017 Games.

SUKARELAWAN MEDIA JALANI LATIHAN KHUSUS PERTAMA

LEBIH  150 Sukarelawan WAU Factor yang akan bertugas membantu operasi media pada Kuala Lumpur 2017 Ogos ini menjalani sesi pertama taklimat dan latihan di Dewan Komanwel Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil pada Sabtu (17 Jun 2017).

Sesi latihan dua jam yang meliputi pelbagai aspek operasi media dan keperluan warga media pada KL2017, dikendalikan Ketua Cawangan Media dan Komunikasi Sekretariat Jawatankuasa Pengelola (MASOC) KL2017 En Fahmi Omar.

Para sukarelawan tersebut merupakan antara lebih 14,000 sukarelawan WAU Factor yang terpilih menyertai KL2017 dan akan terbabit dalam pelbagai tugasan membantu operasi media pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.

Ini termasuk membantu pengendalian media di Pusat Media Utama (MPC) di MITEC, Pusat Media di kluster utama KL2017 dan venue lain di seluruh negara selain bertugas di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC)  dan Bilik Berita KL2017.

Turut hadir pada sesi berkenaan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Puan Janisah Mohd Noor.

Keseluruhannya, seramai 320 sukarelawan terpilih untuk ditugaskan membantu operasi media pada KL2017. Latihan sesi kedua akan berlangsung pada Ogos nanti.

Seramai lebih 2,000 wakil media yang terdiri dari wartawan dan jurugambar media cetak dan elektronik serta petugas dari Hos Penyiar akan terbabit dalam liputan temasya dwi tahunan yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos itu.

- Advertisement -