Kemenangan yang diraih Negeri Sembilan pada perlawanan pertama ke atas Perlis di separuh masa kedua Liga Perdana musim 2017 dianggap satu perkembangan yang positif.

Itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan yang menyifatkan skuad kendalian Asri Ninggal kembali mendapat suntikan semangat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah dapat memecahkan kebuntuan selepas enam kali bermain secara seri tanpa kemenangan, kita telah dapat mengatasi Perlis dengan 1-0,” kata Mohamed.

Tambahnya lagi, meskipun hanya satu gol yang Berjaya di hasilkan sepanjang 90 minit perlawanan, ia tetap penting kerana skuad Jang pulang dengan tiga mata berharga untuk berada di puncak liga.

Selepas mengharungi 12 perlawanan Negeri Sembilan mengumpul 28 mata, 3 mata didepan pencabar di tangga kedua, PKNP FC .

Negeri Sembilan akan betandang ke gelanggang lawan menentang Kuala Lumpur pada 10 Julai sebelum bertemu MISC-MIFA empat hari kemudian. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -