Dua belas pingat emas menjadi habuan dalam saingan sepaktakraw Sukan SEA 2017 dengan Malaysia menyasarkan untuk menambah jumlah satu emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lepas.
Selain acara regu, acara baru iaitu quadrant menjadi pertaruhan Malaysia untuk menyerlah di Kuala Lumpur 2017 nanti.
Ketiadaan Thailand, Myanmar dan Indonesia dalam saigan regu meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik untuk meraih emas. Pada 2015, Malaysia membawa pulang satu emas dan satu perak dalam saingan berpasukan.
Undian sepaktakraw Sukan SEA membuka laluan untuk Malaysia memperbaiki pencapaian 2015, dengan Penolong Setiausaha 2 Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berkata: “Sebagai tuan rumah, kita mempunyai kelebihan untuk memilih kumpulan, seperti amalan sebelumnya. Saya yakin kita berpeluang besar kali ini.”
Sepaktakraw mempertandingkan lapan pingat emas manakala dalam Chinlone, empat emas menjadi rebutan.
Tarikh pertandingan: 16-29 Ogos
Venue: Stadium Tertutup Titiwangsa
LELAKI
Regu Lelaki
1. Malaysia
2. Indonesia
3. Thailand
4. Brunei
Beregu Lelaki
1. Filipina
2. Myanmar
3. Laos
4. Kemboja
5. Malaysia
Beregu Berpasukan Lelaki
Kumpulan A
1. Thailand
2. Kemboja
3. Malaysia
Kumpulan B
1. Myanmar
2. Indonesia
3. Filipina
Regu Lelaki
1. Brunei
2. Kemboja
3. Malaysia
4. Filipina
5. Laos
Quadrant Lelaki
Kumpulan A
1. Thailand
2. Indonesia
3. Laos
Kumpulan B
1.Myanmar
2. Brunei
4. Malaysia
Chinlone Event 1 Lelaki (Non-Repetition Primary)
1. Kemboja
2. Brunei
3. Thailand
4. Malaysia
Chinlone Event 2 Lelaki
1. Laos
2. Malaysia
3. Thailand
Chinlone Event 3 Lelaki
1. Malaysia
2. Brunei
3. Filipina
Chinlone Event 4 Lelaki (Non Repetition Secondary)
1. Filipina
2. Laos
3. Malaysia
4. Kemboja
5. Myanmar
WANITA
Regu Wanita
1. Thailand
2. Malaysia
3. Indonesia
4. Filipina
Beregu Wanita
Kumpulan A
1. Thailand
2. Vietnam
3. Laos
Kumpulan B
1. Myanmar
2. Filipina
3. Malaysia
Quadrant Wanita
1. Laos
2. Malaysia
3. Indonesia
4. Myanmar
5. Vietnam