Penganjur bagi temasya sukan dwi tahunan, Sukan SEA bagi tahun 2019, Filipina sah menarik diri daripada menjadi tuan rumah bagi temasya edisi ke 30.
Pengumuman dibuat Pengerusi Pesuruhjaya Sukan Filipina, William Ramirez yang menyatakan pengunduran diri dibuat susulan masalah kewangan.
Peruntukkan yang disalurkan untuk persiapan menjadi penganjur Sukan SEA pada 2019 kelak terpaksa digunakan untuk memulihkan bandar Marawi yang terjejas teruk akibat peperangan.
Filipina diumum sebagai tuan rumah Sukan SEAe edisi ke 30 pada 2015 yang juga bakal menjadi penganjuran kali keempat selepas pertama kali menjadi tuan rumah pada 1981, 1991, dan 2005.
Perancangan awal pula menyaksikan bandar Manila dan Davao dipilih sebagai lokasi utama bagi venue venue pertandingan. Â Â
Ketika kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2005, Filipina meraih 113 pingat emas , pencapaian terbaik mereka namun prestasi di Sukan SEA pada 2015, negara itu hanya menduduki tempat keenam keseluruhan dengan hanya 29 pingat emas Berjaya diraih.
Pertengahan Mac lalu, Filipina menjadi destinasi kedua bagi acara julung kali, Larian Baton Bangkit Bersama bersempena temasya Sukan SEA ke 29 selepas Brunei Darussalam menjadi negara pertama. – OLEH KU MOHD LUFTI