TEMPOH tiga minggu terakhir sebelum bermulanya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki apa juga kekurangan dan memastikan venue-venue temasya berada pada tahap terbaik.

Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL 2017 masih punya masa untuk menguji semua venue khususnya di hab dan kluster utama.

“Tempoh tiga minggu terakhir ini amat penting untuk kita uji semua venue. Dalam tempoh itu, sekiranya ada kekurangan, kita masih ada masa untuk perbaiki sebarang kekurangan,” kata beliau pada sidang media Majlis Pelancaran Liga Sepaktakraw (STL) di Putrajaya pada Selasa (25 Julai 2017).

Menerusi beberapa acara ujian Pra-Sukan SEA sebelum ini, maklumbalas yang diterima dari negara dan peserta asing nyata positif.  

“Sebelum Venue utama seperti di Bukit Jalil khususnya Stadium Nasional Bukit Jalil telah diuji sebelum ini dan kita dapat reaksi positif dari peserta. Pada masa ini, kita sedang rancak pastikan venue lain juga berada pada tahap terbaik.

“Ini termasuk memastikan hab utama seperti di MITEC di Jalan Duta sedia sepenuhnya termasuk kesediaan dewan pertandingan, sistem pengurusan keputusan dan maklumat dan sistem pemarkahan. InsyaAllah, 1 Ogos ini, atlet boleh masuk dan uji sistem dan venue di situ,” kata YB Brig Jen Khairy.  

Selain lapan sukan bagi Sukan SEA dan tujuh bagi Sukan Para ASEAN ke-9, MITEC yang merupakan dewan pameran terbesar di Malaysia itu, menempatkan Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang boleh memuat sehingga 800 petugas media pada satu-satu masa.

Bagi Sukan SEA, lapan jenis sukan terbabit ialah lawan pedang, gimnastik (artistik dan gimrama), hoki dalam dewan, muay, ping pong, bola tampar dan angkat berat. Manakala bagi Sukan Para ASEAN, sukan terbabit ialah boccia, catur, goalball, powerlifting, ping pong, bola tampar duduk dan bola keranjang kerusi roda.

 VENUES UNDERGO FINAL TOUCH UPS

WITH less than three weeks before contingents start flocking in for the 29th SEA Games, the Malaysia Organising Committee (MASOC) KL 2017 are intensifying efforts to ensure that all venues are ready by the time competiton commences on Aug 14.

Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin said MASOC has been conducting regular inspection to ensure that main clusters, hubs and venues of the Games are fully ready to play host in three weeks time.

“In the last three weeks before the Games opens officially on Aug 19, we will ensure that all shortcomings are rectified. We still have time,” he said after launching the Sepaktakraw League in Putrajaya on Tuesday (25 July).

Over the past few weeks, several test events were organised by organisers and national sports associations to test the level of progress and readiness of venues, facilities and technical aspects.

“There were positive feedbacks from participants and countries on the standard of our facilities and venues. We’ve tested the main ones such as the Bukit Jalil Stadium and the feedbacks were positive,” he said.

“Our focus now is to ensure that main clusters like MITEC are well prepared in all aspects including the competition hall, results management system and the scoring system. Athletes will be able to test the venues at MITEC beginning Aug 1,” he said.

Apart from eight SEA Games sports and seven Para sports, MITEC will also house the Main Press Centre (MPC) and International Broadcast Centre (IBC). 

- Advertisement -