Susulan penarikan diri Filipina sebagai tuan rumah Sukan SEA pada 2019, dua negara, Thailand dan Indonesia menyatakan kesediaan untuk menjadi pengganti.
Filipina memutuskan untuk menerima tugas sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA ke 30 pada 2015 selepas Brunei Darussalam menarik diri.
Namun segalanya serba tidak menjadi apabila Filipina terpaksa menyalurkan hampir kesemua dana yang sepatutnya diperuntukkan untuk persiapan bagi temasya sukan dwi tahunan ke arah membangunkan kembali bandar Marawi.
Laporan tidak rasmi daripada Persekutuan Olimpik Filipina menerusi setiausahanya Steve Hontiveros mendedahkan dua negara iaitu Thailand dan Indonesia menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA ke 30.
Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) sebelum ini mengesahkan masih menanti surat rasmi penarikan diri daripada Filipina.
Hontiveros juga memaklumkan bandar Manila boleh menjadi hos negara itu bagi temasya Sukan Para ASEAN 2.
“Segalanya bergantung kepda kelulusan Presiden, Duterte samada mahu meluluskan atau sebaliknya.
“Langkah terbaik untuk mendapatkan keyakinan dikalangan staff Jawatankuasa Olimpik Filipina dan mengemukakan bantahan kepada Presiden Filipina.”kata Hontiveros.
Keputusan samada menarik diri atau mengekalkan status sebagai penganjur Sukan SEA ke 20 pada 2019 hanya akan diputuskan  dan dimaklumkan kepada Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF)  sebelum upacara penutup temasya sukan SEA ke 29.
Untuk rekod, kali terakhir Thailand menjadi penganjur di Sukan SEA adalah pada 2007, manakala Indonesia adalah pada 2011.
Malah, Indonesia juga akan menjadi tumpuan pada 2018 apabila bakal menjadi tuan rumah bagi Sukan Asia.