Kearah membentuk komuniti yang sihat, Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS) telah menganjurkan Program ā Selangor Industrial Ride 1.0ā di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.
Acara ini turut dihadiri Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mencemar duli untuk menyertai acara ini.
Lebih menarik, program yang bertemakan āEco Rideā dan āFun Rideā berjaya menarik penyertaan hampir 1200 peserta yang terdiri daripada pelbagai warga korporat, komuniti perindustrian dan masyarakat khususnya di negeri Selangor.
Acara bermula sekitar jam 6.30 pagi dan tamat kira kira jam 1 tengah hari melibatkan jarak kayuhan sejauh 25 kilometer.
Program yang diilhamkan sendiri oleh Tengku Amir untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar dan kesihatan di kalangan masyarakat dan juga komuniti perindustrian selain mengamalkan Ā satu gaya hidup yang sihat untuk semua peringkat lapisan umur.
Pengeluar minuman isotonik, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd antara penaja yang terlibat dalam menjayakan program ini. – OLEH KU MOHD LUFTI