Atlet silat negara, Mohd Fauzi Khalid, kehilangan ibu tersayang sedikit pun tidak menjejaskan semangat dan keyakinan beliau untuk menghadapi cabaran Sukan SEA 2017 tidak lama lagi.
“Ibu saya baru sahaja meninggal pada hujung bulan Julai lalu. Jadi, pada masa itu semangat saya sedikit menurun kerana beliau merupakan pencetus utama semangat saya untuk Sukan SEA 2017 kali ini”, kata Fauzi.
“Namun, Ahamdulillah berkat dorongan dan sokongan padu dari kawan-kawan dan ahli keluarga,saya berjaya membangkitkan semula semangat yang telah hilang”, tambahnya lagi.
Atlet tinggi lampai kelahiran negeri Pulau Pinang ini mengakui sudah mencapai persediaan sebanyak 90% dari segi fizikan dan mental. Â
Fauzi yang merupakan anak ke enam dari tujuh orang adik beradik ini berharap dapat mengulangi semula kejayaannya merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia dan Sukan SEA 2009 di Laos.Â
“Bagi saya, keyakinan dan semangat diri sangat penting untuk mencapai kejayaan saya dalam acara sukan silat olahraga pada temasya kali ini”.
Walaubagaimanpun, atlet berusia 30 tahun ini tetap berasa gemuruh untuk melaksanakan misi memburu emas kerana pesilat dari negara Vietnam dan Indonesia dilihat sebagai seteru utama.
Fauzi telah menyertai Sukan SEA buat kali pertama pada tahun 2007 di Thailand dan beliau juga pernah mencatat kejuaraan dalam meraih pingat gangsa di Sukan SEA 2015 Singapura dan Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Acara silat bakal membuka gelanggang bermula 24 hingga 29 Ogos merupakan sukan yang menawarkan pingat emas paling banyak bagi temasya Sukan SEA ke 29 tahun ini. – OLEH NORIZAN MAMAT