Bekas jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal berasa yakin skuad bola sepak negara boleh meraih pingat emas pada sukan SEA ke 29 tahun ini.
Beliau yang pernah menamatkan 20 tahun kemarau emas sejak 1989 pada Sukan SEA tahun 2009 lalu di Laos berjaya memimpin skuad bola sepak B23 untuk meraih emas dan menjadi juara pada temasya itu.
Kali ini beliau percaya pasukan bola sepak negara mampu kembali beraksi dengan lebih hebat kerana bermain di padang sendiri.
“Seperti yang kita sedia maklum sukan bola sepak amat popular di Malaysia, Â semua orang menantikannya. Â Saya amat berharap bahawa pasukan kita akan berjaya menjadi juara pada Sukan SEA di laman sendiri nanti “.
Beliau yang ditemui ketika Larian Obor KL2017 sempat memberikan nasihat untuk semua atlet yang bakal beraksi mengharumkan nama negara di KL2017 nanti.
“Untuk tiap-tiap atlet negara, jangan lupa untuk kekal fokus dan jangan terlalu tertekan. Sentiasa ikut arahan dan strategi dari jurulatih masing-masing serta sentiasa yakin terhadap diri sendiri dan pasukan”. – OLEHÂ WANIE JEMAIN