Vietnam akan menempah tiket separuh akhir andai berjaya menewaskan Indonesia pada Selasa ini.
Vietnam akan menempah tiket separuh akhir andai berjaya menewaskan Indonesia pada Selasa ini.

Vietnam sekali lagi tampil dengan aksi garang untuk mencatat kemenangan ketiga berturut -turut dalam saingan Kumpulan B bolasepak lelaki Sukan Sea Lumpur 2017, kali ini menewaskan Filipina 3-0 di Stadium Shah Alam pada Ahad (20 Ogos).

Skuad bimbingan Nguyen Huu Thang itu tidak bermasalah menguasai perlawanan sejak dari sepak mula dan mencipta deretan peluang menjaringkan gol menerusi gandingan tiga serangkai di barisan depan Nguyen Van Toan, Nguyen Cong Phuong dan Ho Tuan Tai.

Setelah berjaya menyerap asakan demi asakan, kekebalan pertahanan Filipina akhirnya runtuh pada minit ke-37 apabila Cong Phuong bijak meloloskan diri ke dalam kotak penalti dan melakukan rembatan rendah yang sama sekali gagal diselamatkan penjaga gol Ray Joseph Joyel.

Ia juga merupakan gol keempat buat Cong Phuong di temasya KL2017.

Gol itu nyata menyentap keyakinan pemain Filipina dan gawang mereka bergegar lagi pada masa kecederaan separuh masa pertama, kali ini Vu Van Thanh mencetak nama selaku penjaring dengan memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan, Joshua Jake Crommen.

29th SEA Games Football Men - Vietnam vs Philippines

Vietnam nyata tidak mahu berhenti di situ, bersambung separuh masa kedua menyaksikan mereka berterusan mengasak dan hanya lima minit diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan menerusi Nguen Van Toan yang menyempurnakan hantaran Nguyen Tuan Anh.

Beberapa lagi peluang dicipta pemenang gangsa edisi Singapura 2015 itu termasuklah menerusi Van Thanh, Bui Tien Dunh dan Tuan Tai namun kesemuanya dinafikan dengan cemerlang oleh Ray Joseph.

29th SEA Games Football Men - Vietnam vs Philippines

Minit ke-89, Tuan Tai melengkapkan kemenangan 4-0 buat Vietnam dan membolehkan mereka kekal selaku pendahulu Kumpulan B dengan sembilan mata.

Vietnam akan menempah tiket separuh akhir andai berjaya menewaskan Indonesia pada Selasa ini.

 

29th SEA Games Football Men - Vietnam Fans

Jurulatih Vietnam, Nguyen Huu Thang :
Kami menguasai perlawanan dan menunjukkan disiplin yang begitu baik. Memang kita gagal untuk menyudahkan peluang yang banyak, tapi yang penting pada akhirnya kami jaringkan empat gol dan menangi perlawanan ini. Saya telah membuat beberapa pertukaran dalam kesemua tiga perlawanan dan keputusan yang kita catat membuktikan saya mempunyai sebuah skuad yang cukup bersedia dari segi fizikal dan psikologi. Kita masih ada dua perlawanan penting yang akan menjadi penentu, saya harap momentum dapat dikekalkan.

 

Penolong Jurulatih Filipina, Clarino Rondolfo :
Kami bermain buruk, ia sememangnya perlawanan yang mahu dilupakan. Vietnam mendapat rentak dari awal, bermain laju dan mengerah kami bertahan, sudah tentunya sukar bertahan apabila menentang sebuah pasukan seperti Vietnam. Kita akan dihukum, saya harap pemain belajar sesuatu dari perlawanan Indonesia dan Vietnam ini.

– OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -