MALAYSIA sekadar meraih gangsa acara hoki dalam dewan wanita setelah kejayaan menewaskan Singapura 3-1 pada perlawanan di ITEC pada Jumaat (25 Ogos).Â
Pingat emas dimenangi Thailand setelah mengalahkan Indonesia 4-1 pada perlawanan akhir.
Malaysia melakukan jaringan pada minit ke-3 menerusi pukulan penalti Nur Aisyah Yaacob, diikuti jaringan Noorain Mohd Arshad enam minit kemudian.Â
Qasidah Najwa Muhammad Halimi pula menjaringkan gol pada minit ke-20.
Gol tunggal Singapura menerusi Sabrina Gofar pada minit ke-14.
Tikhamphorn Sakunpithak, yang membuat jaringan hatrik untuk Thailand pada minit ke-20, ke-27 dan ke-31 berkata: “Saya terlalu gembira dengan kemenangan ini. Permainan yang bagus oleh kedua-dua pasukan.”
Jurulatih Malaysia, K Gobinathan berkata para pemainnya gugup sebelum perlawanan bermula tetapi berjaya mengatasinya.
“Mungkin mereka tertekan kerana bermain untuk pingat gangsa dan di hadapan penyokong sendiri,” kata Gobinathan.