Shalin Zulkifli, one of Malaysia’s most celebrated tenpin bowler, and up-and-coming youngster Rafiq Ismail turned in a sizzling performance to capture the women and men’s Master gold medals at the Sunway Mega Lanes on Friday (Aug 25).

The 39-year-old Shalin, ranked No 2 in the event, defeated top seed Tannya Roumimper of Indonesia 223-222 in the step ladder final.

It was Shalin’s 20th gold medal in the Games since making her debut 24 years ago at the age of 15. Shayna Ng Lin Zhi of Singapore clinched bronze with a strike of 199 pinfalls.

Malaysia ended their SEA Games bowling campaign as overall champions with a haul of seven gold, four silver and three bronze medals.

Youngster Rafiz than added to the excitement with a 213-190 win over Thailand’s Yannaphon Larpapto for the gold, thus avenging his defeat against the Thai who won the gold at the 2015 Singapore Games.

Alex Liew won bronze with a total strike of 209 pinfalls after going down against Thailand in the semi-finals.

“Tanya and I are long-time friends and both of us were chasing the gold medal,” said an elated Shalin. “I stayed in the race, never lost my concentration and focus all the way. It has been a remarkable and exhausting day.”

Rafiq, who won his third gold in the Kuala Lumpur 2017 Games following successes in the singles and mixed doubles, personally thanked and hugged his coach Holloway Cheah, fellow national bowlers, family and friends for showing the path to victory.

“This is a dream come true for me and I owe it to everyone here, especially my coach Holloway (Cheah). I hope this is the beginning of many  more good things to come in my bowling career,” he added.

 BOWLING TENPIN: KEJAYAAN BERGANDA CERIAKAN MALAYSIA

PEMAIN bowling ternama, Shalin Zulkifli dan pemain muda Rafiq Ismail mempamerkan permainan yang luar biasa untuk merangkul emas acara wanita dan lelaki masters di Sunway Mega Lanes hari Jumaat (25 Ogos).

Shalin, 39, yang menduduki ranking ke-2 acara itu, menewaskan Tannya Roumimper dari Indonesia 223-222 dalam step ladder.

Ia pingat emas Sukan SEA yang ke-20 Shalin sejak mula membuat penampilan 24 tahun sejak usianya 15 tahun. Shayna Ng Lin Zhi dari Singapura mendapat gangsa dengan 199 jatuhan pin.

Malaysia mengakhiri kempen acara bowling Sukan SEA sebagai juara keseluruhan dengan tujuh emas, empat perak dan tiga gangsa.

Selepas itu, Rafiq menambah kegembiraan dengan kemenangan 213-190 ke atas pemain Thailand, Yannaphon Larpapto untuk pingat emas, sekali gus membalas dendam kekalahannya kepada Larpapto yang menang  emas dua tahun lepas di Singapura.

Alex Liew meraih gangsa dengan 209 jatuhan pin selepas tewas kepada Larpapto dalam separuh akhir.

“Tanya dan saya adalah kawan lama dan kami berdua sedang mengejar emas.,” kata Shalin.

“Saya cuba bermain dengan baik dan tidak hilang konsentrasi dan fokus sepanjang perlawanan. Ini satu hari yang menarik dan amat memenatkan,” katanya.

Rafiq, yang memenangi emas ketiganya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas kejayaan acara perseorangan dan beregu campuran, berterima kasih kepada jurulatihnya Holloway Cheah.

“Ini ialah bagaikan mimpi menjadi kenyataan dan saya terhutang budi kepada semua di sini,terutamanya jurulatih saya Holloway (Cheah). Saya harap ini merupakan permulaan kepada lebih banyak kejayaan dalam karier bowling saya,” katanya.

- Advertisement -