SKUAD skuasy lelaki dan wanita Filipina mara ke separuh akhir saingan di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil pada Ahad (27 Ogos).

Skuad itu menewaskan Myanmar 3-0 dalam saingan Kumpulan B manakala dalam saingan berpasukan wanita, Myanmar tumpaskan Thailand 2-1 untuk layak ke separuh akhir. 

David William Pelino, Reymark Begornia dan Juan Rafael Yam  menyumbang kepada kemenangan Filipina dalam perlawanan menentang Myanmar.Filipina bagaimanapun berdepan tugas sukar menghadapi Malaysia pada separuh akhir.  Malaysia layak ke seprauh akhir selepas 

Pasukan lelaki dan wanita Malaysia layak ke separuh akhir selepas masing-masing menduduki tempat teratas kumpulan.

Pasukan lelaki yang diketuai Syafiq Kamal menewaskan Indonesia dan Thailand, masing-masing 3-0 dalam Kumpulan A manakala pasukan wanita negara mengalahkan Filipina 3-0 dalam Kumpoulan A.

Pasukan lelaki Indonesia juga mara ke separuh akhir daripada Kumpulan A dengan kemenangan 2-1 ke atas Thailand.

Skuad wanita Singapura juga layak ke separuh akhir sebagai pendahulu  Kumpulan B selepas menang 3-0 ke atas Myanmar.

- Advertisement -