?

 

Skuad boling padang negara menamatkan kempen Sukan SEA dengan pencapaian terbaik dengan jaguh wanita kebangsaan, Emma Firyana Saroji menyumbang pingat emas ketujuh di Pusat Boling Padang Kebangsaan di Bukit Kiara pada Ahad (27 Ogos).

Boling padang menutup tirai pada Ahad dengan Malaysia meraih tujuh emas dan satu perak pada saingan yang bermula sejak Selasa (22 Ogos) lepas.

Emma Firyana, 31, meraih  emas dalam perseorangan wanita menumpaskan pemain Brunei, Amaliah Matali dengan 21-12 untuk menjulang penguasaan Malaysia dalam boling padang.

Sebelum itu, Mohd Soufi Rosli menyumbang emas perseorangan lelaki untuk emas ke-6 negara.

Dia berjaya melakukan balingan konsisten bagi memimpin perlawanan akhir tersebut sejak dari awal permainan.

“Alhamdulillah syukur atas kejayaan ini, percaturan yang dirancangkan menjadi sepanjang perlawanan dan saya sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan emas terakhir untuk kontinjen boling padang,” kata Emma.

?Pingat gangsa menjadi milik pemain Singapura, Tan Mee Kim yang mengetepikan cabaran Nuanphak Ariyapat­ta­naporn dari Thailand 21-18.

 

- Advertisement -