Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 1.134b bagi sektor sukan.
Peruntukkan sebanyak RM1b meliputi perlaksanaan program FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlet, program akar umbi dan program pembangunan bolasepak.
“Kerajaan juga mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baru di seluruh negara dengan kos RM 112 juta ringgit.
“Sukacita diumumkan peruntukkan RM 20 juta kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier,”kata Datuk Seri Najib ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.
Pada 2016, Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2b untuk pembangunan sukan ketika pembentangan Bajet 2017.
RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang berlangsung pada Ogos dan September 2017.
Daripada jumlah RM 1.2b, turut membabitkan peruntukan RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.
Selain itu, sejumlah RM70 jumlah diperuntukkan bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.
Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM122 juta bagi membina dan menaik taraf kemudahan sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan di semua negeri, termasuk Kompleks Futsal 1Malaysia dan kompleks Sukan Komuniti.
Bagi meningkatkan kedudukan bola sepak negara di mata dunia, Najib juga mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang. –Â OLEH KU MOHD LUFTIÂ