FOTO – AFC

 

Penantian penuh mendebarkan berakhir dengan noktah gembira buat Bojan Hodak apabila skuad bawah 19 tahun negara sah beraksi di Kejuaraan AFC B19 2018 di Indonesia.

Selepas lengkap perlawanan peringkat kumpulan A hingga J lewat malam tadi, Malaysia layak secara merit selepas berada dalam kelompok lima pasukan terbaik yang menduduki tangga kedua.

10 pasukan yang menjuarai peringat kumpulan adalah Emiriyah Arab Bersatu, (kump A), Tajikistan (kump. B) , Iraq (kump C), Arab Saudi (kump D), Jordan (kump E), Korea Selatan (kump F), China (kump G), Vietnam (kump H), Jepun (kump I) dan Australia (kump J).

Manakala Malaysia berada di kedudukan kelima daripada senarai 10 pasukan yang menduduki tempat kedua bagi saingan peringkat kumpulan.

Selain Malaysia, turut melengkapkan empat lago slot adalah Iraq, Thailand, Korea Utara dan Taiwan.

Dalam pada itu, Bojan ternyata berpuas hati dengan aksi terakhir Malaysia dengan Korea Selatan semalam.

Seperti yang dijangka, pemain pemain Korea Selatan jauh lebih berkualiti berbanding Malaysia.

“Secara keseluruhannya saya berpuashati dengan permainan mereka tetapi ia menunjukkan realiti dan perbezaan ketara dari aspek teknikal serta kualiti pemain kita,”kata Bojan.

Pengendali kelahiran Croatia ini menyifatkan Malaysia ketinggalan jauh dari aspek pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi.

“Kami mempunyai tiga peluang tetapi tidak menjaringkan gol sebaliknya mereka (Korea Selatan) memanfaatkan peluang yang ada, inilah perbezaan kualiti berbanding kedua dua pasukan,”katanya lagi.

Malaysia membuka kempen peringkat Kumpulan F dengan kemenangan 3-1 ke atas Timor Leste disusuli kemenangan tipis 1-0 ke atas Brunei Darussalam dan kejayaan besar membenam Indonesia 4-1 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 3 perlawanan.

Namun, Korea Selatan memadamkan rekod 100 peratus skuad Bojan Hodak apabila menewaskan Malaysia 3-0 dalam perlawanan terakhir semalam.OLEH KU MOHD LUFTI 

KEDUDUKAN PASUKAN 

 

 

 

 

- Advertisement -