Tinggal kira-kira empat minggu sahaja lagi sebelum Liga Malaysia 2018 membuka tirai secara rasmi dan persiapan pasukan juga dilihat semakin rancak terutamanya membabitkan perpindahan pemain.
Antara yang awal-awal lagi sudah melengkapkan pasukan adalah Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka United tatkala pasukan lain termasuklah juara Liga Super Johor Darul Takzim dan juara Piala FA, Kedah masih membiarkan ruang terbuka khususnya bagi mencari pemain import yang sebetulnya layak menyarung jersi masing-masing.
Jelas sekali meskipun rata-rata pasukan mengecilkan bajet mereka bagi musim 2018 yang dijangka lebih mencabar terutama dari segi kewangan, tiada satu pun yang ingin sekadar menjadi pelengkap saingan dan tetap merekrut nama-nama berprofil tinggi untuk memperkuatkan pasukan.
Antara yang menjadi perhatian adalah juara Liga Premier Kuala Lumpur yang berjaya mendapatkan khidmat Indra Putra Mahyudin, Saifulnizam Miswan, Firdaus Fauzi dan Zaquan Adha; Terengganu, Melaka United dan Negeri Sembilan merekrut lebih dari 10 pemain baru, begitu juga Kelantan yang mempunyai skuad terbesar seramai 38 pemain termasuk yang diserap dari skuad Piala Presiden.
PKNS FC pula mendapat sentuhan Jafri Firdaus Chew, K.Reuben, Nurridzuan Abu Hassan dan Qayyum Marjoni Sabil. Pahang merekrut Norshahrul Idlan Talaha manakala Perak pula membawa masuk Brendan Gan manakala PKNP FC dilihat paling âsenyapâ dengan hanya mendapatkan dua import baru.
Persiapan pasukan Liga Premier tidak kurang hebatnya, Pulau Pinang membawa masuk Norhafiz Zamani Misbah, Raimi Mohd Nor, Jasazrin Jamaluddin dan Al Hafiz Hamzah manakala Felda United kembali diperkuatkan Christie Jayaseelan dan Ahmad Syamim Yahya.
Penambahan kuota import ASEAN turut menjadikan semakin ramai pemain dari rantau ini mula menjadi buruan terutama dari Indonesia dan Singapura, tidak ketinggalan Kemboja ⌠ya Kemboja!
Di kala pemain Indonesia dan Singapura bukanlah asing dengan liga kita, ini pertama kali pemain Kemboja mendapat tempat di dalam liga kita dengan kehadiran tiga pemain dari negara itu â Chan Vathanaka (Pahang), Thierry Chantha Bin (Terengganu) dan Keo Sokpheng (PKNP FC).
Kedatangan pemain-pemain import â bukan sahaja import ASEAN tetapi juga lima import keseluruhannya â meskipun memeriahkan lagi arena bolasepak tempatan, tidak dinafikan disambut dengan reaksi berbeza oleh peminat bolasepak tempatan.
Ada yang menyambut dengan positif dan ada yang melihat ia dari sudut pandang negatif, apa yang dikhuatiri adalah pasukan-pasukan akan tertipu dengan âCVâ mantap dan reputasi hebat pemain-pemain ini pada masa lalu dan akhirnya sekadar menjadi indah khabar dari rupa.
Banyak kisah-kisah dan pengalaman lalu yang boleh dijadikan contoh â ada yang tidak lepas ujian kesihatan, ada yang bergelut dengan masalah kecederaan, kudrat hanya bertahan sehingga setengah musim dan datang bermain di Liga-M hanya kerana tawaran gaji yang cukup lumayan berbanding negara ASEAN yang lain.
Tidak semua begitu, kerana tetap ramai yang bagus, tetapi berapa banyak pasukan yang menilai pemain sebaik mungkin? Seseorang pemain import haruslah dua atau tiga kali ganda lebih baik dari pemain tempatan, kerana itulah mereka menerima gaji dan layanan lebih baik dari pemain tempatan.
Kepada pasukan-pasukan Liga-M sama ada anda berbajet kecil,sederhana atau besar, bijaklah membuat pilihan. Jangan terlalu ghairah, terlalu taksub sehinggakan sukar membeza antara kaca dan permata. Nanti dah terkena, anda yang melopong! –Â OLEH MUHAMMAD AIMANÂ