Pemain kelahiran India, Shubhankar Sharma muncul juara kejohanan golf Jelajah Asia, Maybank Terbuka Malaysia dengan catatan terkumpul, 267 pukulan, 21 dibawah par.
Pemain berusia 21 tahun ini mengatasi pencabar terdekat dari Sepanyol, Jorge Campillo dengan kelebihan dua pukulan sekaligus membawa pulang wang tunai US$ 500 000 (RM 1.94 juta).
Hari terakhir di Kelab Golf Saujana, Subang memperlihatkan penguasaan Shubhankar yang tidak melakukan sebarang catatan bogey sepanjang 18 lubang.
Shubhankar memberi tekanan ke atas pencabar termasuk pendahulu hari ketiga, Jorge Campillo apabila membenam lima birdie di sembilang lubang pertama termasuk empat berturut turut bermula dilubang ke 4.
Beliau yang juga pemenang Terbuka Joburg, Afrika Selatan pada tahun lalu terus cemerlang apabila menambah lima lagi birdie termasuk dilubang ke 17 dan 18 untuk menutup hari terakhir dengan catatan 62 pukulan 10 dibawah par.
“Tempoh dua bulan ini nasib saya agak baik. Saya sudah bersama Jelajah Asia dan akan terus kekal selepas ini. Sudah tentu saya mahukan kejayaan dan kini saya sudah memenangi Jelajah Asia dan Jelajah Eropah,”kata Shubhankar.
Kejayaan ini juga meletakkan Shubhankar Sharma sebagai pemain Asia pertama yang memenangi Terbuka Malaysia malah, menjadikannya sebagai pemain golf kelahiran India yang terbaik, menduduki ranking ke 70 dunia.
Pendahulu selepas pusingan ketiga, Jorge Campillo tampak berkeyakinan untuk memburu kejuaraan sulungnya selepas melakar egale di lubang pertama disusuli birdie dilubang ke 5.
Namun, bogey dilubang ke 9 mula menjejaskan fokusnya apabila sekadar melakar par sepanjang tujuh lubang selepas itu.
Meksipun cemerlang dengan dua birdie di lubang terakhir, ia belum memadai untuk Campillo memintas Shubhankar Sharma sekaligus akur selaku naib juara.
Hari terakhir, Jorge Campillo mengumpul 68 pukulan 4 dibawah par sekaligus mengumpul 269 pukulan 19 dibawah par.
Sementara itu, rakan sepasukan Campillo, Pablo Larrazabal dan Ryan Fox berkongsi kedudukan ketiga, selepas terikat dengan catatan keseluruhan 270 pukulan 18 dibawah par.
Dalam pada itu, pemain pro negara, Gavin Kyle Green menamatkan saingan Terbuka Malaysia 2018 di tangga ke 39 keseluruhan bersama sama 10 lagi pemain termasuk kapten Eropah ketika saingan Piala Eurasia bulan lalu, Thomas Bjorn dengan catatan terkumpul 279 pukulan 9 dibawah par.
Seorang lagi pemain, Amir Nazrin yang turut melepasi cut menamatkan saingan dikedudukan ke 50 dengan catatan terkumpul lapan dibawah par.OLEH KU MOHD LUFTIÂ