Kejayaan tiga pasukan muda Negara melakar sejarah tahun lalu apabila melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memang memberangsangkan.
Pencapaian itu Berjaya mengangkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik untuk Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017.
Tiga skuad muda negara yang Berjaya menempatkan diri dalam kelompok elit sebenua itu ialah Skuad Bawah 23 Tahun, Bawah 19 Tahun dan Bawah 16 Tahun.
Pemilihan FAM diputuskan berdasarkan kepada pengiktirafan bahawa pelbagai program pembangunan bakat muda yang diusahakan oleh Persatuan itu kini nyata di landasan yang tepat.
âPencapaian itu wajar diakui kerana ia peningkatan yang ketara setelah sekian lama bola sepak Negara tidak Berjaya untuk kerap beraksi di peringkat tinggi sebegitu.
âSaya percaya pengiktirafan yang diberikan kali ini akan menjadi penjana kepada usaha lebih mantap daripada FAM untuk menggapai misi jangka panjang meletakkan bola sepak negara di tahap yang layak dibanggakan semua,â kata Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa.
Pengiktirafan itu juga hadir ketika FAM kini begitu gigih untuk mencipta gelombang perubahan baru secara komprehensif, termasuklah daripada segi penganjuran kejohanan dan juga pendidikan kejurulatihan.
Antara trasformasi yang kini diusahakan FAM â serentak dengan pemilihan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim â termasuklah memperkemaskan program kejurulatihan, pencarian bakat dan penganjuran liga di peringkat negeri.
FAM juga kini menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang menjadi kilang penghasilan bakat-bakat muda secara berterusan.
Persatuan Penulis-penulisSukan Malaysia (SAM) akan sekali lagi memberikan pengiktirafan kepada seluruh warga sukan negara menerusi penganjuran Majlis Anugerah SAM-100 PLUS 2017 yang akan berlangsung pada 1hb Mac 2018 di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Majlis Anugerah SAM-100PLUS itu menjadi platform pengiktirafan terbaik setelah rentetan pencapaian hebat atlet-atlet Negara dan pemegang taruh lainnya dalam mewarnai
Kancah sukan Negara sepanjang tahun 2017.
Atlet-atlet terbaik akan bersaing untuk dua kategori anugerah utama â Atlet Terbaik SAM-100Plus 2017 dan Atlet Para Terbaik 2017.
Majlis anugerah berkenaan juga member pengiktirafan kepada warga kewartawanan sukan menerusi tujuh kategori anugerah yang dipertandingkan.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima âAnugerah Siebelâ dengan hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi.