NILAI, 17 Feb — Jaguh sukan berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tewas tipis dengan pelumba Jepun Tomoyuki Kawabata dan pelumba Korea Selatan Im Chaebin dalam acara keirin elit lelaki akhir Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2018 (ACC) di Velodrom Nasional hari ini.
Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman sekadar meraih pingat gangsa.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dua juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal) dan Cheong Jun Hoong (terjun) muncul selaku dua calon utama untuk memenangi Anugerah Atlet Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017.

Kedua-dua jaguh dunia itu adalah antara lima calon yang disenarai pendek oleh SAM bagi perebutan anugerah yang akan diumumkan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 yang akan berlangsung, Khamis ini.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjadi tetamu kehormat untuk Majlis itu nanti.

Azizul meraih tumpuan setelah kejayaan mendominasi saingan untuk bergelar juara keirin dunia pada tarikh 13 April 2017 pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.

Pelumba berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu, yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu sebelumnya pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Atlet Terbaik SAM-100PLUS pada 2009.

Sementara atlet terjun elit kebangsaan, Cheong Jun Hoong turut melakar sejarah tersendiri selaku atlet Malaysia pertama meraih pingat emas pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, Hungary pada Julai.

Lagu Negaraku berkumandang di Duna Arena, selepas penerjun berusia 27 tahun dari Perak itu menghimpun 397.50 mata dalam acara 10m platform individu wanita, sekaligus mengetepikan bekas juara dunia, Si Yajie dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016, Ren Qian, masing-masing dari China.

Perebutan Anugerah Atlet Terbaik SAM-100PLUS 2017 kali ini sememangnya menyaksikan saingan sengit di kalangan juara-juara dunia, termasuklah atlet wushu, Wong Wen Son yang meraih pingat emas dalam disiplin Jianshu lelaki pada Kejohanan Wushu Sedunia ke-14 di Kazan, Rusia.

Calon lain yang bakal bersaing ialah trio Duilian wanita, PhoonEyin, Loh

Ying Tin dan Tan Cheong Min serta skuad tenpin boling wanita yang dibarisi ShalinZulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan.

Anugerah Atlet Para Terbaik pula menyaksikan saingan empat  penjurudi antara Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly daripada sukan olahraga, Cheah Liek Hou (badminton) serta Muhammad  Afiq Afify Rizan dan Muhammad Khairul Adha Rasol (berbasikal trek).

Muhammad Ziyad,jaguh lontar peluru lelaki F20, mencipta pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2017 di mana beliau meraih pingat emas di samping mencipta rekod baharu dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London selepas cemerlang memegang rekod dunia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016.

Sekembalinya dari London, beliau mencipta kejutan dengan meraih pingat gangsa pada penampilan sulung pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dan seterusnya mempertahankan pingat emas temasya Sukan Para Asean buat kali keempat berturut-turut.

Abdul Latif pulaberjaya mempertahankan pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 dan memperbaharui rekod kejohanan miliknya sendiri pada kejohanan dunia yang sama.

Beliau juga berjaya mempertahankan pingat emas acara lompat jauh temasya Sukan Para Asean buat kali ketiga berturut-turut.

Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou pula merangkul gelaran juara dunia kategori SU5 (kecatatan anggota bahagian atas) pada aksi final Kejohanan Dunia BWF-Para di Ulsan, Korea Selatan manakala gandingan Muhammad Afiq Afify bersama jurumudinya, Muhammad Khairul Adha pula adalah pemenang pingat gangsa acara pecut tandem pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Amerika Syarikat.

Pemenang kedua-dua anugerah utama ini akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan sebuah trofi.

Selain member pengiktirafan kepada atlet yang mencapai kejayaan cemerlang, wartawan sukan juga berpeluang memenangi hadiah wang berjumlah RM50,000 melalui Anugerah SAM-100PLUS kali ini.

Anugerah itu terbahagi kepada enam kategori – Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), UlasanBeritaTerbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

SENARAI ATLET TERBAIK SAM:

1995 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)

1996 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)

1997 – Nurul Huda Baharin (menembak)

1998 – Lim KengLiat (renang)

1999-2001 – TiadaAnugerah

2002 – Lim KengLiat (renang) danS.Premila (karate-do)

2003 – Lim KengLiat (renang)

2004 – Bryan Nikson Lomas (terjun)

2005 – Nicol Ann David (skuasy)

2006 – Koo KienKeat-Tan Boon Heong (badminton)

2007 – Wong Mew Choo (badminton)

2008 – Lee Chong Wei (badminton)

2009 – MohdAzizulhasniAwang (berbasikal)

2010 – PandelelaRinongPamg (terjun)

2011 – NurSuryaniTaibi (menembak)

2012 – PandelelaRinongPamg (terjun)

2013 – SazaliSamad (binabadan)

2014 – Nicol Ann David (skuasy)

2015 – Pandelela Rinong Pamg (terjun)

2016 – Lee Chong Wei (badminton)

ATLET PARALIMPIK TERBAIK SAM:

2016 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)

- Advertisement -