Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan juara dunia olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli masing-masing meraih Augerah Atlet Terbaik dan Atlet Paralimpik Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017.

Hadiah untuk kedua-dua kategori disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis gilang-gemilang di Hotel Hilton Petaling Jaya, malam ini.

Bagaimanapun Mohd Azizulhasni dan Muhammad Ziyad tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana masing-masing menghadapi kejohanan dan latihan intensif di luar negara.

Pelumba berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu, yang terkenal dengan jolokanĀ  ā€˜The Pocket Rocketmanā€™ itu meraih Anugerah Atlet Terbaik buat kali keduaĀ  selepas memenangi Anugerah SAM-100PLUS 2009.

Selepas sekian lama menanti, sukan berbasikal negara akhirnya menyaksikan juaraĀ  dunia pertama berjaya dilahirkan menerusi Mohd Azizulhasni pada 13 April 2017Ā  melalui acara kegemarannya, keirin, pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI diĀ  Hong Kong.

Mohd Azizulhasni kini berada di Apleldorn, Belanda, dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan dunia di Kejohanan Trek Dunia UCI, yang kini sedang berlangsung sehingga 4 Mac ini.

Sementara Muhammad Ziyad pula kini sedang menjalani latihan intensif di Leipzig, Jerman, dalam mempersiapkan diri untuk Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia di Dubai, pada 13 hingga 16 Mac ini.

Jaguh lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) itu mencipta pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2017 di mana beliau meraih pingat emas di samping mencipta rekod baharu dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London selepas cemerlang memegang rekod dunia pada temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016.

Sekembalinya dari London, beliau mencipta kejutan dengan meraih pingat gangsa pada penampilan sulungnya dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dan seterusnya mempertahankan pingat emasĀ temasya Sukan Para Asean buat kali keempat berturut-turut.

Pada majlis itu juga, atlet cilik sukan ski air, Aaliyah Yoong Hanifah, yang mencipta pelbagai kejayaan sepanjang tahun 217 dinobatkan sebagai penerima Anugerah Atlet Muda.

Selepas menilai prestasi atlet-atlet negara, baik atlet kebangsaan mahupun atlet profesional, sepanjang tahun lepas, SAM menobatkan pasukan boling elit wanita dan juga pemain golf profesional, Gavin Kyle Green sebagai penerima Anugerah Khas sempena Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 kali ini.

Sementara itu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula dipilih untuk Anugerah Persatuan Dinamik berdasarkan kepada pengiktirafan bahawa pelbagai program pembangunan bakat muda yang diusahakanĀ oleh Persatuan itu kini nyata di landasan yang tepat.

Kejayaan tiga pasukan muda negaraĀ  itu ialah skuad Bawah 23 Tahun, Bawah 19 Tahun dan Bawah 16 Tahun melakar sejarah tahun lalu apabila melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memang memberangsangkan dan kini mampu menempatkan diri dalam kelompok elit benua Asia.

Pada majlis itu, SAM turut memberi penghargaan kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar sebagai menghargai sumbangannya terhadap pembangunan sukan di negara ini.

 

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SAM-100PLUS 2017:

Anugerah Atlet Terbaik: Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)

Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik: Muhammad Ziyad Zolkefli (olahraga para)

Anugerah Atlet Muda Terbaik: Aaliyah Yoong Hanifah (ski air)

Anugerah Khas: Gavin Kyle Green (golf) dan skuad tenpin boling wanita

Augerah Persatuan Sukan Dinamik: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

- Advertisement -