Perkhabaran gembira dari Gold Coast apabila Malaysia meraih emas pertama dalam acara angkat berat menerusi Mohd Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad.
Beliau yang beraksi dalam acara bawah 56kg mengumpul jumlah angkatan bagi snatch dan clean and jerk 261 sekaligus memperbaharui rekod kejohanan.
Bagi acara snatch, atlet berusia 24 tahun yang baru menyambut hari lahir semalam memperbaharui rekod kejohanan berusia 8 tahun milik Amirul Hamizan Ibrahim (116kg) apabila melakukan angkatan 117 kg.
Angkatan 117kg ini dilakukan pada percubaan kedua selepas berjaya melakukan angkatan 114kg pada percubaan pertama.
Dalam acara clean and jerk, Azroy yang semakin bersemangat tenang melakukan angakatan pertama 135kg disusuli 138kg pada percubaan kedua.
Tatkala wakil India, Gururaja dan Chaturanga Lakmal dari Sri Lanka cuba memberi tekanan, Azroy kekal fokus dan cemerlang melakukan angkatan 144kg pada angkatan ketiga untuk mengesahkan status selaku pemenang pingat emas.
Turut hadir menyaksikan kejayaan Azroy Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar
Catatan ini bagaimanapun gagal memperbaharui rekod kejohanan yang dipegang Amirul Hamizan 145kg.
Pingat perak milik Gururaja yang mengumpul angkatan 249 kg diikuti Chaturanga melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa dengan jumlah angkatan 248kg.
Dalam perkembangan berasingan, pingat pertama Sukan Komanwel Gold Coast 2018 menjadi milik atlet Bermuda, Flora Duffy dalam acara Triathlon wanita.
beliau menamatkan saingan dengan catatan masa 56 minit 50 saat menewaskan dua pencabar, Jessica Learmonth (England) yang menamatkan saingan dikedudukan kedua 57 minit 33 saat manakala pelari dari Kanada Joanna Brown meraih gangsa, ketinggalan 48 saat dibelakang juara.
Wakil Malaysia Chen Yin Yang menduduki tangga ke 20 selepas menamatkan acara dengan catatan masa 1 jam 16 minit 13 saat.OLEH KU MOHD LUFTIÂ