Ratu trek negara, Fatehah Mustafa terus kempunan memburu pingat pertamanya di Sukan Komanwel 2018 selepas gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara pecut individu wanita.

Selepas gagal memburu pingat dalam acara pecut berpasukan wanita bersama sama Farina SHawati Mohd Adnan semalam, pelumba berusia 29 tahun ini turun dalam acara pecut individu hari ini.

Tiada masalah buat Fatehah untuk melepasi pusingan kelayakan selepas menamatkan saingan dikedudukan ke 11 dengan catatan masa 11.142 saat manakala seorang lagi pelumba negara, Farina menduduki tangga ke 15 daripada 16 pelumba yang layak.

DIperingkat seterusnya, Fatehah turut tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran pelumba Wales, Rachel James untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Manakala Farina gagal untuk meneruskan cabaran ke suku akhir selepas tewas kepada pelumba Kanada Lauriane Genest.

Aksi suku akhir, pelumba kelahiran Terengganu ini gagal untuk menyaingi kehebatan pelumba dari New Zealand, Natasha Hansen dalam saringan ketiga sekaligus kecewa untuk kali kedua.

Dalam pada itu, harapan untuk pemburuan pingat dalam acara berbasikal trek diteruskan Azizul Hasni Awang yang beraksi dalam acara Keirin.

The Pocket Rocketman ini bagaimana pun tidak diberi laluan mudah dalam pusingan pertama selepas menduduki tangga kedua dibelakang pelumba tuan rumah Patrick Konstable.

Manakala dua lagi pelumba negara yang beraksi dalam acara Keirin, Mohd Shah Firdaus Sahrom dan Muhd Fadhil Mohd Zonis gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Mohd Shah Firdaus sekadar menduduki tangga ke 4 dalam saringan ke 2 manakala Fadhil di tangga kelima dalam saringan keempat.

Peluang buat Firdaus dan Fadhil masih belum tertutup kerana bakal beraksi dalam pusingan repecharge dimana hanya pemenang sahaja yang layak ke pusingan kedua.OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -