Resorts World Genting Champions Challenge - Muar City Badminton Club - Mens Single - Tan Chun Seang. Photo Credit - www.1titan.com
 

Selepas hampir lima bulan menanti, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengenakan hukuman paling berat melibatkan dua pemain badminton negara.

Dua pemain badminton negara, Tan Chun Seang dan Zulfadli Zulkifli digantung daripada melibatkan diri dalam sukan badminton selepas didapati bersalah terlibat dengan mengatur perlawanan dan rasuah.

Tan Chun Seang digantung selama 15 tahun manakala Zulfadli Zulkifli dikenakan denda penggantungan selama 20 tahun oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menerusi kenyataan media oleh BWF, kedua dua pemain ini tidak dibenarkan menggunakan khidmat jurulatih, pegawai ataupun berkaitan dengan pembangunan .

BWF juga mengesahkan, selain digantung, panel pendengaran dan etika mengenakan denda kepada Tan Chun Seang (USD 15 000) dan Zulfadli Zulkifli (USD 20 000).

Tiga panel bebas yang dilantik mendapati, Tan Chun Seang melakukan 26 kesalahan dibawah Kod Tatatertib 2012 berkaitan pertaruhan dan mengatur keputusan perlawanan.

Manakala Zulfadli didapati melakukan 27 kesalahan dibawah Kod Tatatertib 2012 dan 2016 berkaitan pertaruhan dan mengatur keputusan perlawanan.

Kesalahan diputuskan selepas meneliti kesemua keputusan perlawanan berkaitan dan siasatan terhadap pegawai pertandingan, akauan bank peribadi dan perbualan yang telah dilakukan oleh kedua dua pemain menerusi aplikasi Whatsapps.

Penggantungan berkuat kuasa pada 12 Januari 2018 dimana kedua dua pemain digantung oleh BWF.

Namun Tan Chun Seang dan Zulfadli Zulkifli dibenarkan untuk melakukan rayuan dibawah Klausa 14, Prosedur Kehakiman BWF.

- Advertisement -