Pelumba negara yang beraksi dalam saingan Moto GP, Hafizh Syahrin tidak mahu kehilangan mata ketika beraksi di saingan GP Belanda 1 Julai depan.
Beliau mahu membuktikan penampilan sulungnya dalam pentas utama saingan MotoGP tidak sia sia, malah mahu memperbaiki kedudukan semasanya.
Selepas beraksi sepanjang tujuh perlumbaan, Hafizh Syahrin yang menunggang untuk pasukan Monster Yamaha Tech 3 menghuni kedudukan ke 17 setakat ini dengan 17 mata berjaya diraih.
“Daripada segi jentera saya semakin serasi dan akan cuba untuk perbaiki kutipan mata. Saya cuba bagi saingan kepada pelumba yang lebih berpengalaman.
“Di Assent, litarnya agar sukar dan cuaca berubah ubah…sekejap hujan sekejap panas… ada rezeki hujn dapat buat aksi terbaik di Assent,”kata Hafizh.
Pelumba yang dikenali gelaran Pescao kerana kelincahan ketika perlumbaan waktu hujan yakin akan memberikan aksi terbaik pada perlumbaan tersebut.
Perlumbaan terakhir di GP Sepanyol, Hafizh Syahrin gagal menamatkan perlumbaan