Penyerang Melaka United, Syahrul Azwari Ibrahim menganggap panggilan menyertai pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Fiji pada 5 Julai depan sebagai ārezeki terpijakā dan dia sudah mula memasang impian untuk menjadikannya sebagai permulaan untuk mengukuhkan tempatnya di dalam skuad Harimau Malaya.
Bekas pemain Harimau Muda itu pada awalnya tiada dalam senarai 24 pemain yang diumumkan pengendali Tan Cheng Hoe bagi aksi persahabatan yang merupakan satu daripada perlawanan persiapan bagi menghadapi Piala AFF Suzuki 2018 itu.
Namun kekurangan pemain untuk membarisi barisan serangan berikutan ketiadaan Shahrel Fikri Fauzi serta kecederaan dialami N.Thanabalan, Ahmad Hazwan Bakri dan Zaquan Adha Abdul Radzak membuatkan Cheng Hoe memanggil Syahrul dan penyerang Kelantan Shafiq Shaharuddin sebagai pengganti.
Syahrul merupakan anggota skuad pemenang pingat emas Sukan SEA 2011 dan pernah dilabel sebagai penyerang masa depan skuad negara pada ketika itu. Namun aksi tidak konsisten dekĀ kecederaan membuatkan pemain iniĀ mengharungi perjalanan karier yang tidak begitu cemerlang dan ia diburukkan dengan keputusannya menyarung jersi Johor Darul Takzim II yang bermain dalam saingan Liga Premier.
Namanya bagaimanapun kembali menjadi sebutan penyokong setelah begitu lama hilang dari radar setelah dia menyertai Melaka United secara pinjaman dari JDT II pada pintu perpindahan kedua Liga Malaysia pada bulan lalu dan pantas mencuri tumpuan Cheng Hoe.
Syahrul kali terakhir menyarung jersi kebangsaan ketika Malaysia tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu kira-kira tiga tahun lalu, dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 pada 17 November 2015 dan dengan kembalinya ke skuad kebangsaan dia berharap dapat membuktikan sesuatu kepada jurulatih supaya berpeluang untuk disenaraikan dalam skuad Piala AFF Suzuki.
āSaya tak jangka sebenarnya dengan peluang ini, kerana saya sudah lama tidak dipanggil. Ia satu kejutan namun sudah tentu saya teruja. Sasaran saya sekarang adalah meyakinkan jurulatih untuk mendapat peluang untuk diturunkan, saya perlu buktikan kenapa saya wajar dipilih untuk bermain.
āApabila diturunkan saya kena berikan yang terbaik dan mengukuhkan tempat saya, ia bukan mudah kerana Harimau Malaya ada ramai pemain yang bagus seperti Safawi (Rasid), Hazwan (Bakri) dan Syafiq (Ahmad) jadi persaingan itu sengit. Saya pernah memenangi emas Sukan SEA tetapi tidak pernah bermain di Piala AFF Suzuki, ia adalah impian saya dan saya kena bekerja keras,ā kata Syahrul.
Skuad negara akan mula melapor diri di kem latihan pusat skuad kebangsaan pada Ahad sebagai persiapan menentang Fiji dan selepas itu ada lima lagi perlawanan persahabatan yang akan diharungi iaitu menentang Taiwan (7 September); Kemboja (10 Oktober); Sri Lanka (12 Oktober); Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November). – OLEH MUHAMMAD AIMAN