Sepuluh orang remaja Malaysia hanya tinggal satu langkah lagi ke Kem Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) di Munich, Jerman.
Muhammad Adam Nadzmi Zamri dan Daniel Phoon Chun Tuck dari Pulau Pinang, Muhammad Ashriq Izzat Mazlan, Muhammad Akmal Abdul Rashid dan Muhammad Hafiz Izzudin Az-Har dari Kedah, Mohamad Khairol Syafiq Hairol Azri dari Pahang, Mohammad Zharmien Ashraf Ismail dari Sarawak dan juga Kumaran Raman, Eisanraaj K. Maniarasan dan Muhammad Lukman HakimĀ Mohd Azli dari Selangor tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand hari ini untuk AJFC Asia 2018 mulai 16 hingga 19 Julai 2018.
Pemain-pemain tersebut merupakan antara 57 remaja berumur antara 14 dan 16 tahun dari China, Indonesia, Laos, Sri Lanka, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand yang akan menjalani proses pemilihan di Kampus Universiti Krungthep Thonburi di bawah pengawasan bekas pemain FC Bayern Munich, Carsten Lakies yang kini merupakan Jurulatih Program Antarabangsa di FC Bayern Munich.
AJFC Asia ialah pemilihan akhir untuk sembilan pemain yang akan mewakili Asia untuk AJFC di Munich, Jerman yang akan berlangsung pada 27 hingga 31 Ogos 2018. Hanya dua orang pemain dari Malaysia yang bakal meraih tiket ke Munich.
āKami sangat teruja untuk menghantar seramai 10 orang pemain ke AJFC pada tahun ini. Kem ini akan memberi pendedahan yang sangat baik untuk peserta kerana mereka akan dilatih oleh Carsten Lakies, bekas pemain Bayern Munich dan belajar daripada beliau. Ia akan menjadi sebuah pengalaman yang bakal merubah hidup mereka sama ada di atas padang mahupun di luar kerana mereka akan dapat bergaul dengan rakan sebaya dari seluruh pelosok Asia. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada semua 10 pemain. Kami yakin Carsten akan melakukan yang terbaik dalam memilih dan mengenalpasti bakat terbaik dari Malaysia untuk AJFC di Munich,ā kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad.
Sepanjang kem tersebut, pemain bola sepak muda akan mengambil bahagian dalam sesi latihan harian yang mana kemuncak kejohanan berlangsung pada 19 Julai 2018 untuk menentukan pemenang AJFC Asia dari setiap negara. Sebahagian daripada AJFC Asia merangkumi aktiviti bersama, program Jurulatih Kewangan Saya (program celik kewangan) dan persembahan kebudayaan oleh para peserta.
AJFC adalah acara bola sepak tahunan yang diadakan di seluruh dunia sejak tahun 2009 dengan AJFC Malaysia bermula pada tahun 2012 diikuti oleh AJFC Asia pada tahun 2013. AJFC Liga Malaysia secara rasminya dilancarkan di Kuala Lumpur pada 8 Februari 2017 dan terbuka kepada pasukan seramai 18 pemain berumur antara 14 hingga 16 tahun.
Ini adalah tahun ke-10 dimana Kem Bola Sepak JuniorĀ Allianz diadakan di seluruh dunia. Tahun ini, Malaysia adalah sebahagian daripada acara untuk tahun ketujuh berturut-turut dan setakat ini menyaksikan sejumlah 7,432 bakat pemain muda yang bercita-cita tinggi.