Selepas dikecewakan Malaysia untuk ke final Piala AFF bawah 19 tahun baru baru ini, Indonesia yang juga tuan rumah bagi Sukan Asia 2018 ogos depan tidak rela untuk melihat skuad bawah 23 tahun mereka pulang hampa kali kedua.
Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) melantik pengendali kelahiran Sepanyol, Luis Milla sebagai pengendali skuad bawah 23 tahun mereka dalam misi memburu pingat bagi acara bolasepak.
Khabar angin mengatakan pengendali berusia 52 tahun ini dibayar dengan nilai gaji kira kira USD 200 000 sebulan untuk mengendalikan skuad itu bagi menghadapi sukan Asia 2018.
Pembiayaan gaji untuk Luis Milla ditanggung Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia 2018, INASGOC).
Diawal karier sebagai pemain, Luis Milla merupakan bekas pemain Barcelona sebelum berhijrah ke Real Madrid dan Valencia menjadi kelab terakhir sebelum bersara sebagai pemain professional.
Dalam bidang kejurulatihan, Luis Milla pernah menjadi pembantu pengurus kelab Getafe sebelum dilantik mengendalikan skuad remaha Sepanyol, Bawah 19, 20, 21, dan 23 tahun bermula 2007 hingga 2012
Indonesia sebelum ini diundi dalam kumpulan A bersama sama Hong Kong, Laos dan Taiwan, namun pertambahan berlaku yang menyaksikan Palestin menjadi pasukan terkini yang berada di dalam kumpulan ini selepas undian semula dijalankan melibatkan pasukan Palestin dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Manakala UAE di undi dalam kumpulan E bersama sama juara empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan, Kyrgystan, Malaysia dan Bahrain.
Saingan bolasepak lelaki bagi Sukan Asia 2018 dijadual bermula 10 Ogos melibatkan empat venue di Bandung, Bogor, Jakarta dan Cikarang.