Aksi sulung skuad bawah 16 tahun negara ke atas Thailand hari ini cukup dinantikan pengendalinya Raja Azlan Shah Raja So’ib.
Pertemuan esok ibarat misi mambalas dendam selepas Malaysia ditunjukkan jalan keluar oleh Thailand tahun lalu ketika peringkat separuh akhir.
“Tiada perubahan dalam matlamat kami seperti di kejohanan kejohanan terdahulu. Setiap perlawanan adalah penting untuk kami.
“Kami yakin untuk memberikan keputusan yang terbaik dan bermain dengan baik sekaligus dan bagi kami, tahun ini adalah peluang untuk kami membalas dendam,”kata Raja.
Pada edisi tahun lalu, Malaysia tewas 0-1 kepada Thailand di peringkat separuh akhir sekaligus gagal ke final.
Namun kekecewaan Raja Azlan gagal diubati apabila tewas 2-3 kepada Australia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.
Raja juga tidak menolak tekanan tetap dirasai anak anak didiknya menjelang perlawanan hari ini.
Namun pemain pemainnya telah pun menjalani perlawanan perlawanan yang kompetitif di peringkat antarabangsa.
Justeru, pengalaman yang telah diraih sepanjang menyertai kejohanan kejohanan diluar negara perlu dimanfaatkan para pemain yang akan dipilih untuk beraksi menentang Thailand kelak.
“Semua pemain pemain memang ada perasaan gementar dan gelisah. Tetapi saya rasa pengalaman yang mereka telah tempuhi akan mengajar mereka.
Ini adalah salah satu perlawanan yang biasa untuk mereka. Cuma apa yang mereka hadapi adalah kenyataan dan cuba untuk bermain tanpa tekanan dan mengadaptasi ketika bermain,”kata Raja lagi.
Dalam pada itu, Thailand yang juga naib juara edisi tahuan lalu turun dengan hampir 80 peratus merupakan pemain-pemain yang beraksi tahun lepas.
Hanya beberapa nama besar yang seringkali menjadi tunjang skuad kendalian Thongchai Rungreangleas pada tahun lepas tidak beraksi antaranya penggempur utama, Suphanat Mueanta yang menjaringkan 3 gol untuk pasukannya.
Beberapa penggempur seperti Thanarat Thumsen dan Thakdanai Jaihan yang menyumbang satu gol untuk Thailand juga tidak diturunkan kali ini.
Kitthipong Khetpara mungkin antara pemain yang perlu diberi perhatian skuad bawah 16 tahun negara disampimg adiknya Kittikon yang bermain di posisi pertahanan.
Mungkin ada sedikit perbezaan tentang barisan serangan Thailand, namun Raja Azlan tidak boleh memandang rendah kerana negara itu cukup sinonim dengan gelaran raja bolasepak Asia Tenggara bagi semua peringkat umur. – OLEH MUHAMMAD AIMAN