Penantian Malaysia untuk memiliki emas pertama di Sukan Asia akhirnya terjawab.
Kem boling menceriakan kontinjen Malaysia dengan tuaian emas pertama menerusi acara trio wanita yang berlangsung di Pusat Boling Jakabaring.
Gandingan Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abd Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi menamatkan penantian Malaysia selama 24 tahun bagi acara itu selepas melakukan 4236 jatuhan pin untuk muncul juara.
Hasrat untuk melihat Malaysia menaiki podium menerusi satu lagi trio negara, Sin Li Jane, Natasha Mohamed Roslan dan Shalin Zulkifli tidak kesampaian apabila hanya mampu menduduki tangga keempat dengan 4144 jatuhan pin.
Pingat perak milik Taiwan menerusi gandingan Pan Yu Fen, Chou Chia Chen and Tsai Hsin Yi yang melakukan 4255 jatuhan pin manakala gangsa milik Yeo Ruo Qi Joey, Tan Daphne Shi Jing, dan Lim Bernice Hui Ying dari Singapura yang mencatat 4250 jatuhan pin.
Kejayaan tunggal Malaysia menerusi acara trio wanita adalah pada edisi 1994 di Hiroshima,Jepun, manakala pingat perak dalam edisi 2002 di Busan, Korea Selatan, dan 2006 di Doha, Qatar.